Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur 2021

Menyedari keistimewaan bulan Ramadan Al-Mubarak 1442 Hijrah yang bakal tiba tak lama lagi, Menara Kuala Lumpur tahun ni kembali mengadakan Bufet Ramadan dengan konsep 'Nostalgia Santapan Keluarga' yang akan bermula pada 15 April hingga 10 Mei 2021, dari jam 6 petang hingga 9.30 malam di Dewan Bankuet Megaview, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Konsep 'Nostalgia Santapan Keluarga' dipilih pada tahun ni membawa makna yang cukup mendalam buat kita semua rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama-sama keluarga tercinta pada Ramadan tahun lepas dan juga tahun ni disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Oleh itu, Menara Kuala Lumpur menjemput semua untuk mengubati rasa kerinduan kepada kampung halaman dengan menikmati juada berbuka puasa di ketinggian 288 meter dari aras bumi dengan berlatarbelakangkan panorama indah Kuala Lumpur pada waktu malam.




Para tetamu yang hadir ke Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur tahun ni dapat menikmati juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. 

Sajian istimewa pada tahun ini adalah sajian khas dari Timur Tengah iaitu daging kambing Australia yang dipanggang bersama perapan 'Arabic Spice' dan disediakan bersama-sama Nasi Pilaf serta salad timun tomato.

Tidak lupa juga masakan tempatan turun menurun dan pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung setiap tahun. Semua sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama Menara Kuala Lumpur iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu 'The Sky Band'. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.

Bufet Ramadan tahun ni, Menara Kuala Lumpur menawarkan promosi 'early bird' mulai hari ini sehingga 12 April 2021 seperti berikut :

Kemasukan adalah percuma untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke bawah (sehingga 5 orang sahaja) dan harga  untuk kanak-kanak ke-6 dan seterusnya adalah RM50 seorang.

Menara Kuala Lumpur turut menawarkan harga promosi ke Sky Deck bagi setiap pembelian, iaitu dengan hanya RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 

Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa Menara Kuala Lumpur dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ni kerana mereka amat mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM bagi mencegah penularan COVID-19. Sanitasi penuh juga telah dilakukan bagi memastikan kebersihan terjamin di seluruh kawasan premis, sementara pembersihan secara berkala turut dilakukan selama 45 minit setiap hari. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-20205499 atau layari media sosial mereka di bawah ni :

Facebook | Website | Instagram

Post a Comment

0 Comments