Pernah Dibuang Kerja 2 Kali, Norzira Terus Bangkit Demi Keluarga

Pertama kali Aten menemui Norzira Syarini Mohammed Pauzi atau lebih mesra disapa dengan nama Ira membuatkan Aten tertarik untuk mengenali beliau dengan lebih dekat. Terasa ada aura positif bila berjumpa dan berbual dengan beliau.

Mendengar pengalaman hidup Ira sungguh membuka mata Aten bahawa hidup ni tak seindah yang kita impikan. Ira menerima surat berhenti kerja ketika bekerja. Bukan sekali tetapi 2 kali! OMG kalau Aten ni memang mengucap panjang. Bila kita dah selesa dengan apa yang kita ada, then dapat pulak 'surat cinta', memang sedih tak berlagu memikirkan kita ada komitmen lain untuk bayar.

“Ira tak malu nak share dengan korang, Ira dengan suami pernah korek tabung sebab kehabisan duit, RM80 boleh lah hidup sebulan” ujar Ira yang pernah bekerja lebih 7 tahun memegang jawatan sebagai Penerbit di sebuah stesen TV di ibu kota. 


Siapa kata kerja kerajaan, hidup kita dijamin? Tidak kawan-kawan. Ira contohnya. Tiba-tiba dapat surat berhenti kerja, memang buat Ira terduduk atas alasan syarikat downsizing dan lagi sekali Ira jatuh ditimpa tangga apabila selepas 2 tahun menggalas jawatan editor di tempat kerja baru, Ira  diserahkan termination letter, kerana syarikat tidak dapat menampung pekerja dan tiada keuntungan.

Mujur ada suami yang menjadi penguat semangat Ira. Selepas 2 bulan bersedih, Ira bangkit. Bangkit dengan azam baru. Ira mengambil keputusan untuk membuka portal dan laman sosialnya sendiri secara dalam talian yang dinamakan Newsfeed Malaysia (kini Newsfeed Media). 


Ira kemudiannya memasarkan majalah Mingguan Wanita di mana dalam tempoh empat bulan beliau sudah mampu memperoleh pendapatan sehingga RM12,000 untuk menampung hidup beliau dan membayar komitmen bulanan.  Selain itu, Ira juga menambah pendapatannya dengan menjual majalah-majalah lain keluaran Karangkraf sehingga mampu meraih pendapatan lebih dari apa yang beliau sangkakan. Pendapatan enam angka!

Aten yang dengar kisah Ira ni terus rasa WOW gilerrrr! Hebatnya Ira! Terus Aten add beliau di Facebook dan Instagram dengan harapan Aten pun boleh berjaya macam Ira. Now Aten ada role model baru. Hehehe. Hari-hari mesti baca apa yang Ira post di Facebook. Kalau ada rezeki nak belajar lebih lagi dari Ira dan mana tahu kot-kot boleh bekerja dengan Ira. Hehehe.

Ira kemudiannya membuka syarikat Newsfeed Enterprise bersama salah satu rakan beliau yang pernah dibuang kerja bersama-sama dulu.


Siapa sangka dalam 11 bulan dalam bidang pemasaran dan pengiklanan, Ira berjaya mendapat total sale RM6juta dengan lebih 100 client yang Ira uruskan. Tiada modal yang Ira guna, hanya kepakaran Ira bercakap dan pengalaman bekerja 7 tahun sebagai penerbit dan editor.


Namun, Ira tetap juga memperbaiki diri dengan belajar tentang bisnes dan berguru dengan seorang pakar yang membantu beliau tampil yakin untuk berjumpa klien. 

Walaupun dibuang kerja, Ira tetap juga berusaha untuk beri mak abah duit bulanan seperti biasa walaupun duit di tangan cukup-cukup makan. Sentiasa dahulukan mak abah dan keluarga membuatkan Ira selesa dengan apa yang beliau lakukan sekarang ni. 


Semasa Aten berjumpa dengan Ira minggu lepas, Ira ada share. Dia kata kenapa eh mula-mula syarikat berkembang agak perlahan. Rupa-rupanya niat Ira salah. Niat masa membuka bisnes ni dulu untuk buat sales nak membantu diri sendiri. Lepastu  Ira ubah niat nak tolong orang, baru murah rezeki Ira. Dengan kepakaran Ira, Ira membantu usahawan di luar sana mengembangkan bisnes mereka.

Ira juga 'turun padang' bersama-sama dengan klien untuk membantu mereka memperbaiki dan mengembangkan bisnes mereka untuk sama-sama terus maju di musim pandemik ni.


"Ira rasa happy sangat bila dapat menaikkan jualan klien berkali ganda daripada kos yang dibelanjakan untuk pengiklanan," kata Ira.

Ira kini mempunyai 13 kakitangan yang membantu beliau menjalankan bisnes ini dan mempunyai office di Setia Alam. Suaminya yang dahulu seorang engineer berhenti kerja dan sama-sama menggerakkan perniagaan Ira untuk terus berkembang dan membantu lebih banyak usahawan supaya lebih berjaya. Bisnes ni pun mendapat sokongan daripada adik beradik Ira yang turut sama bekerja bersama beliau.


Sasaran jualan Ira untuk tahun 2021 iaitu RM25juta bagi Aten tak mustahil. Dengan kebolehan dan kepakaran Ira berdepan dengan klien memang confirm close sale! Hehheehe. Personal branding yang Ira lakukan di Facebook, Instagram, portal beliau membuktikan kredibiliti beliau di mata klien. 

Semoga siapa yang membaca post ni menjadikan Ira contoh terbaik untuk jadi usahawan yang berjaya. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Semoga Ira tidak putus asa membantu lebih banyak peniaga di luar sana untuk terus maju dan sukses di musim COVID-19. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. 

In Shaa Allah ada rezeki, kita jumpa lagi. 


Untuk tau lebih lanjut kehidupan harian Ira, klik

Agensi pengiklanan Ira :
Facebook | WebsiteInstagram

Post a Comment

0 Comments