NOIR Health & Beauty Bantu Wanita Tampil Yakin & Berjaya dengan Kempen Bangkit Wanita

Sabtu lepas Aten berkesempatan untuk join satu kempen dari NOIR Beauty & Health iaitu Bangkit Wanita. Aten tau pasal NOIR ni pun sebab setiap kali nak pergi Bangi mesti ikut highway PLUS ada billboard NOIR terpampang besar kat tepi highway tu. Tak sangka pulak dijemput untuk join event dorang. Hehehe.
Korang pernah dengar tak pasal NOIR Health & Beauty ni?
NOIR ditubuhkan pada tahun 2017. Kira quite baru lah kat Malaysia. NOIR diasaskan oleh Eriyca Baiduri, atau lebih dikenali sebagai Madammu. NOIR merupakan syarikat yang mengetengahkan produk-produk kecantikan yang halal dan premium secara meluas ke seluruh negara. Bukan sahaja di Malaysia tetapi produk NOIR telah menembusi industri kecantikan ke luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Kalau korang nak tau, tahun lepas NOIR berjaya merangkul anugerah 'Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik' dalam Asia Halal Brand Award (AHBA). NOIR juga turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entreprenuer pada tahun ini.
Sejak penubuhan NOIR 3 tahun lepas, NOIR telah membantu lebih daripada 2,000 wanita dalam mengubah dan menambahbaik gaya hidup masing-masing. Mereka yang terdiri dari surirumah dan tiada pengalaman dalam bidang keusahawanan pun berjaya dengan NOIR. Aten berpeluang untuk interview NOIR partner dan sangat tertarik dengan kesungguhan mereka. Produk NOIR pun bagus untuk wanita terutamanya NOIR Skin care yang merupakan salah satu produk best seller atas permintaan ramai. Berkat daya usaha mereka dan bimbingan dari pengasas NOIR, Madammu, NOIR telah melahirkan beautypreneurs yang berjaya menjana pendapatan sehingga 5-6 angka secara konsisten setiap bulan dan mampu memiliki kereta dan rumah idaman mereka.

KEMPEN BANGKIT WANITA
Kempen Bangkit Wanita adalah salah satu platform dari NOIR dalam bentuk webinar untuk membantu wanita di luar sana untuk tampil yakin dan berkajaya bertindak lebih berani untuk mengubah taraf hidup sedia ada. Webinar ini dihadiri oleh pengasas NOIR iaitu Madammu dan beliau berkongsi perjalanan beliau dalam bisnes kecantikan.
NOIR bersedia membantu terutamanya wanita-wanita yang terjejas kehidupan harian mereka akibat daripada pandemik COVID-19. NOIR percaya sekiranya setiap wanita percayakan proses yang telah team NOIR hadapi dan lalui, pasti ramai yang boleh bangkit dari halangan yang melanda seluruh negara ini. Demi untuk survival kehidupan, bertindaklah, Bangkit Wanita! NOIR sedia membantu.

Kenapa Perlu Bangkit Wanita?
  • Bangkit untuk berubah ke arah kebaikan
  • Bangkit untuk kebahagiaan
  • Bangkit untuk capai matlamat hidup dan financial freedom
  • Bangkit untuk berkuasa atas hidup sendiri
  • Bangkit dari kegagalan
Webinar Bangkit Wanita haritu telah melancarkan pakej-pakej menarik untuk membolehkan ramai wanita untuk bangkit mengubah hidup dengan menyertai team NOIR. 

Terbaru ini, NOIR memperkenalkan program keusahawanan baru iaitu NOIR Mobile. Dengan hanya bermodalkan pembelian satu unit UV White Foundation, korang layak menjadi sebahagian daripada keluarga NOIR yang kini semakin berkembang dengan jayanya. Sasaran NOIR untuk melahirkan seramai 10,000 NOIR Mobile sehingga hujung tahun ni dengan pendapatan bulanan konsisten lebih dari RM1,000. Jom join team NOIR Mobile! Modal hanya RM69 je! 

Untuk maklumat lanjut mengenai Bangkit Wanita NOIR ataupun NOIR Mobile, korang boleh layari media sosial mereka di bawah ni; 

Post a Comment

0 Comments