Drive-in Cinema Terbesar di Malaysia & Berteknologi Imersif yang Pertama di Asia

Perk Idea Sdn Bhd telah melancarkan ‘Drive-in Cinema Malaysia’ (Panggung Wayang Pandu-lalu Malaysia). Ia merupakan panggung wayang berteknologi imersif yang pertama di Asia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Domestik & Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar. 

Drivein Cinema Malaysia ditubuhkan sebagai salah satu tarikan untuk para pelancong domestik selari dengan kempen Cuti-cuti Malaysia. Panggung wayang tersebut akan diadakan selama 45 hari, bermula dari 19 September - 1 November 2020, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur.
Drive-in Cinema Malaysia memberikan pengalaman menonton Wayang yang luar biasa kepada para penggemar wayang tempatan dengan menstimulasikan pancaindera. Selain disajikan dengan filem- filem blockbuster, para penonton akan memandu melalui kesan pengcahayaan bertema yang mengasyikkan semasa memasuki Drive-in Cinema. Selain itu, para penonton juga disajikan dengan efek-efek pengcahayaan khas semasa penayangan filem untuk meningkatkan pengalaman menonton wayang. Drive-in Cinema Malaysia mampu manampung 200 buah kereta pada satu-satu masa, berbanding dengan para pesaingnya yang hanya mampu menampung ratarata 30 buah kereta. Drive-
in Cinema Malaysiajuga menggunakan saluran radio untuk menyalurkan audio wayang tersebut, menggantikan penggunaan pembesar suara ‘bluetooth’, sekali gus mengurangkan risiko dan memutus
penyebaran Covid-19.
“Drive-in Cinema Malaysia akan menjadi tarikan yang hebat kepada para pelancong untuk merasai pengalaman imersif menonton wayang. Usaha Drive-in Cinema untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 dengan mengurangkan kontak antara manusia amatlah dipuji. Dengan penggunaan e-wallet yang efektif dan saluran radio untuk audio wayang, ia merupakan cara yang selamat untuk para penonton menikmati wayang dalam persekitaran yang menakjubkan tanpa was- was,” kata Dato’ Dr. Ammar.
Melalui usahasama bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), agensi-agensi Pelancongan di seluruh negara dibolehkan untuk memasukkan Drive-in Cinema Malaysia ke dalam pakej-pakej pelancongan yang mereka tawarkan dengan kadar keutamaan di samping tarikan-tarikan hebat yang lain. Dengan itu, Drive-in Cinema Malaysia menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik dan pemulihan industri pelancongan negara. Usahasama dengan Federasi Rantaian-peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pula menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke kedai-kedai berjenama dan francais-francais di Kuala Lumpur, dan menikmati diskaun-diskaun ekslusif melalui pengagihan baucer-baucer melalui platform Drive-in Cinema Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Drive in Cinema ni dah movie apa yang akan ditayangkan, klik 

Post a Comment

0 Comments