Syiling Emas Upin dan Ipin Edisi Terhad - Kolaborasi Eksklusif antara HABIB & Upin Ipin sempena Merdeka

HABIB, pengeluar barangan kemas tempatan telah lama bertapak di Malaysia buat pertama kalinya meraikan kempen Merdeka yang disambut setiap tahun dengan satu kelainan iaitu kolaborasi antara HABIB dan Les’ Copaque telah telah diadakan di IOI City Mall. Kolaborasi ini dilancarkan oleh Dato Sri’ Meer Habib selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib dan Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd bersama-sama maskot Upin Ipin di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya. 
Pelancaran ini juga diadakan untuk merasmikan syiling emas Upin dan Ipin ini seberat 0.2gram dan dijual pada harga RM118. Selain itu, pameran merdeka HABIB juga berlangsung dari 27 Ogos sehingga 6 September di ruang legar LG IOI City Mall, Putrajaya. 
Majlis juga turut dimeriahkan dengan tarian goyang Upin Ipin yang dipersembahkan oleh kakitangan Habib dan maskot Upin dan Ipin bersama-sama selebriti dan deejay radio tempatan.
HABIB memilih kerjasama ini kerana animasi terkenal ini merupakan hasil karya anak tempatan dan bertepatan dengan tema kempen Habib pada tahun ini iaitu #SokongLokal. Animasi Upin dan Ipin tidak hanya ditonton oleh kanak-kanak malahan setiap peringkat usia. Penghasilan syiling emas ini bukan hanya menarik perhatian pembeli namun dapat mendidik generasi muda agar mula berjinak dalam melabur serta memupuk tabiat bijak berbelanja.
Syiling emas edisi terhad ini juga merupakan sebahagian daripada kempen #SokongLokal yang dianjurkan di mana ia bertujuaan untuk membantu merangsang perniagaan tempatan di saat keadaan ekonomi yang mencabar ini.

Melalui kempen ini, pengguna digalakkan untuk menyokong produk dan servis tempatan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dan secara tidak langsung dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Tambahan pula, tiada yang lebih bermakna untuk menyahut seruan #SokongLokal di Bulan Kemerdekaan memandangkan Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63 pada 31 Ogos ini.
Jangan terlepas peluang untuk berkunjung ke Pameran Merdeka Habib untuk mendapatkan syiling emas 24K edisi terhad dari Koleksi Merdeka dan juga Upin & Ipin sepanjang pameran ini berlangsung sehingga 6 September 2020. Jumpa di sana!

Post a Comment

0 Comments