Semak Laporan Skor MYCTOS Anda Secara Percuma!

Hi semua!
Mesti korang bosan kan dah sebulan dok rumah je. Mesti dah taktau nak buat apa kan? Samalah kita!

Meh sini Aten nak share dengan korang salah satu benda yang korang boleh buat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.
Yessss! Betul apa yang korang baca tu. PERCUMA JERR!

I'm sure ramai dalam kalangan readers Aten risau dengan adanya COVID-19 ni. Yelah, kalau duduk rumah, bisness tak jalan. Macam husband Aten. Bisnes dia time COVID-19 ni memang tak boleh buat langsung. Cuma berharap dekat saving je. Bila semua bisnes tak jalan, ekonomi Malaysia mesti menurun kan. Iyerr, keadaan ekonomi semasa dapat mempengaruhi keadaan kewangan kita tau. Korang kena tau tu. Jangan dok rumah je tengok netflix dan ternak lemak je. Hehehe.

Jadi, CTOS, agensi pelaporan kredit terbesar di Malaysia berbesar hati nak bagi sehingga 100,000 laporan kredit Skor CTOS PERCUMA bernilai RM 2.5 juta dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk memahami kedudukan kewangan kita dengan lebih baik. 


Pengguna ataupun usahawan yang mana terkesan dengan impak COVID-19 disarankan untuk menghubungi pemberi pinjaman dan pemiutang mereka secara langsung untuk membincangkan pilihan jangka panjang mereka dan CTOS mendorong rakyat Malaysia untuk bersikap proaktif dalam memantau kredit masing-masing sepanjang tempoh yang sukar ini.

Korang boleh dapatkan salinan laporan Skor MyCTOS percuma korang dengan melayari www.ctoscredit.com.my/ctos-cares.

CTOS juga menyediakan sokongan yang lebih lanjut dan terperinci untuk pengguna yang ingin meminimumkan kemungkinan kesan negatif akibat COVID-19 dengan memberikan maklumat berterusan tentang bagaimana laporan dan skor kredit berfungsi. All you have to do is klik website CTOS je! https://www.ctoscredit.com.my

UPDATED INFO :
Memandangkan MCO dilanjutkan, korang boleh semak laporan MYCTOS korang sehingga 31 Mei ni. Jangan lepaskan peluang ni tau gais! 

{ 12 comments.. read them below or add one }

YatieOwner YatieOwner 21 April, 2020
nampak je status awak dekat facebook tadi, terus mohon segera. kena tunggu 30 minit katanya. adui berdebar pula hati. lama tak semak ctos ni. personal loan kita banyak wak :(
Zaza Azman Zaza Azman 21 April, 2020
Kita dah share post awak kat FB. Info yg bagus. Za pun nk register check ada hutang apa pending.. Hahhaha
ajumohit ajumohit 21 April, 2020
akak dah cek credit checking 5/4/2020 dan yang bestnya memang FREE!! Alhamdulillah setakat ni result payment cantik, no arrears dan favourable ;)
Ezna Ezna 21 April, 2020
Baru tahu info ni nanti kita nak check la Aten. Tapinya nama kita takde la buat pinjaman tu sebab kita tak kerja.
cc kak fas cc kak fas 21 April, 2020
Bila bab CTOS ni mesti ada yang kecut perut nak cek kan... apa pun eloklah selesaikan apa jua masalah kan.
Bae Roslan Bae Roslan 21 April, 2020
bagusnya ada percuma. setiap tahun syaa beli report rm25/report. thanks sharing
iena eliena iena eliena 22 April, 2020
Bagus guna myctos ni..iena memang dah lama guna untuk monitor akaun iena. Senang nak jaga akaun and nak buat loan.
Sis Lin Sis Lin 22 April, 2020
Hehehe Sis surirumah, semalam dah cuba check dah hehehe..alhamdulilah line clear hahaha..mudahkan ada benda macam ni...lagi pulak percumaaa
RAIHANAH AHMAD RAIHANAH AHMAD 22 April, 2020
oo boleh cek sini. bagus boleh kita semak akaun kita la kan. thanks share
Nokomen Nokomen 22 April, 2020
Eloklah ada ini boleh lah sesiapa yang ragu2 terhadap status masing-masing buka laman web ini.
De Alif De Alif 22 April, 2020
Belum check lagi... macam ngeri je nak check tapi pada masa yang sama suka jugak sebab FREE kan... thanks for sharing Fatin... memang bagus kalau kita dapat mengetahui status kewangan kita, at least tak lah terkejut nanti masa nak buat apa-apa pinjaman kannnn...
related tips online related tips online 11 May, 2020
I am so glad, that you shared this promo code with people. Now, everyone has an opportunity to try it for free. This is very cool.