Resepi Berbuka Mudah Menggunakan Kentang A.S

Sedar tak sedar harini dah masuk 6 Ramadan. Dah 6 hari kita berpuasa. Cepat kan masa berlalu. Memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni dilanjutkan, bazar Ramadan pun tak dibenarkan bukak. Jadi, ramai yang masak sendiri untuk berbuka dan sahur kann. Termasuk lah Aten. Memang menjimatkan! Keadaan ini merupakan salah satu peluang untuk kita mencuba pelbagai resipi sihat yang yang boleh disediakan di rumah untuk terus kekal sihat sepanjang musim wabak pendemik ini

Kat sini Aten nak share resepi berbuka yang sangat mudah tapi mengenyangkan! Dengan hanya menggunakan kentang A.S je. Kentang A.S adalah ramuan yand sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.Btw, korang tau tak khasiat kentang A.S?
Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi. Ianya diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi. Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.

Tips Pemakanan oleh Cik Nurul Aziah Musa, Consultant Dietations semasa di bulan puasa : 

1. Amalan Ketika Bersahur 
  • Pastikan anda bersahur kerana ianya merupakan sunnah, dapat mengawal tahap gula darah dan memberikan tenaga sepanjang hari.
  • Pastikan pengambilan karbohidrat kompleks seperti Potatoes USA untuk membekalkan tenaga lebih lama
  • Kurangkan pengambilan garam untuk mengurangkan rasa haus pada siang hari
  • Elakkan pengambilan kafein kerana ianya boleh mempercepatkan dehidrasi kesan daripada diuretik
2. Amalan Ketika Berbuka/Iftar
  • Semasa iftar, adalah digalakkan untuk kita mengambil makanan yang ringkas seperti kurma terlebih dahulu untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada sistem penghadaman kita.
  • Utamakan air kosong dalam 6 ke 8 gelas sehari.
  • Makan secara perlahan dan tidak gelojoh
  • Kawal saiz hidangan makanan
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurangkan makanan tinggi gula dan garam
Amalan pemakanan sihat yang boleh kita amalkan semasa bulan Ramadan adalah sama seperti dengan bulan-bulan yang lain. Islam melarang untuk makan secara berlebihan dan menggalakkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Kita mesti mengambil  makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi. 
Kebaikan Kentang A.S.di Bulan Ramadan :

  • Sumber Vitamin C yang sangat baik
  • Sumber Potassium yang lebih tinggi dari pisang
  • Sumber vitamin B6 dan serat
  • Mengawal ketidakhadaman dan pedih ulu hati ketika berpuasa 
  • Membantu merasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih panjang
  • sumber tumbuhan yang semestinya tiada lemak dan tiada kandungan kolestrol
  • Sumber makanan tinggi Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan di dalam badan yang boeh menghapuskan radikal bebas dan membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam badan.
Aten nak share 2 resepi mudah yang dibuat oleh Cik Nurul Aziah Musa :
Begedil Kentang A.S. (U.S. Potatoes) dan Oats Air Fryer

Bahan-bahannya :
2 biji kentang Russet A.S (rebus dan lenyek)
2 biji telur
8 sudu besar oats
Cili merah / cili hijau hiris halus
5 sudu besar bawang goreng
1 biji bawang besar
Garam
Lada sulah
Lada hitam

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sebati semua bahan2 dan bentukkan bulat
  2. Renjis dengan minyak zaiton
  3. Panaskan air fryer dengan suhu 180c
  4. Masukkan begedil ke dalam bakul air fryer. Masak selama 10 minit
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kanduang nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 133
  • Protein 5.5g
  • Lemak 3.3 g
  • Serat 0.7 g
Hidangan ini adalah sihat kerana menggunakan air fryer dan kita dapat mengurangkan penggunaan minyak. Begedil boleh dimakan bersama hidangan lain dan boleh juga dimakan bersama sup soto ketika berbuka.
Pai Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Daging Sihat Ramadan

Bahan-bahannya : 
4 biji kentang Russet A.S, buang kulit dan potong dadu
1 biji lobak merah
1 sudu makan mentega
4 sudu makan bawang holland cincang
50 gm keju cheddar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 bji bawang cincang
500g daging kisar
2 sudu makan tepung
1 susu makan sos tomato
180 ml stok daging

Cara Penyediaan : 
  1. Rebuskan kentang Russet A.S hingga lembut. Tos dan lenyek, campurkan mentega, bawang cincang dan keju chedar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang cincang dan tumis layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging menjadi perang. Masukkan tepung dan masak sebentar.
  4. Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kawal api dan masak selama 5 minit.
  5. Tuangkan daging dalam Loyang dan ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang Russet A.S dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya. 
  6. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar pada suhu darjah 190 C sehingga ia masak sepenuhnya.
  7. Sedia untuk hidang dan dinikmati.
Resipi ini menghasilkan 4 hidangan. Kandungan nutrien setiap hidangan adalah seperti berikut:
  • Kalori 377
  • Protein 34.2
  • Lemak 13.6 g
  • Serat 1.4 g
Resipi ini mudah dah ringkas untuk juadah lengkap ketika bersahur. Ia sesuai untuk semua golongan umur dan rasanya yang enak pasti akan membangkitkan selera ketika bersahur terutamanya untuk anak-anak.

Mudah kan resepi dari Cik Nurul Aziah Musa, Consultant Dietations ni? ianya merupakan pilihan yang bagus dan mudah untuk bekalan tenaga sepanjang berpuasa. Apabila bertenaga, secara langsung kita mampu meningkatkan tumpuan dan menjadikan kita lebih aktif sepanjang hari. 

Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web 

Post a Comment

3 Comments

  1. Amazing recipes! I will try all of it. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Potato is one of my favourite food products. It is very delicious. Moreover, as I can see, it has so many nutritious elements. Thank you for this information.

    ReplyDelete
  3. My whole family are fans of potato and we always cook something out of it for the family meetings, very glad to find your recipes.

    ReplyDelete