Haritu Aten berkesempatan ke event CTOS. Mereka ada memperkenalkan ciri terbaru untuk pelanggan CTOS iaitu CTOS SecureID.
CTOS kini melancarkan CTOS SecureID, iaitu khidmat perlindungan penipuan dan pemantauan kredit untuk memerangi pencurian dan penipuan identiti yang semakin meningkat, selain
membantu memantau kesihatan kredit pengguna. Perkhidmatan pemantauan
dark web adalah yang terulung
dilancarkan oleh agensi pelaporan kredit di Asia Tenggara.
Pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia.
Pihak CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), iaitu agensi pelaporan agensi kredit terkemuka di Malaysia, memperkenalkan perkhidmatan itu kepada khalayak umum pada hari ini di majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Amirudin Bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia.
Turut hadir ke pelancaran haritu ialah Kapten CTOS, Hisyam
Hamid, bintang TV dan filem popular tanahair.
Pengguna yang melanggani perkhidmatan ini akan dimaklumkan jika ada berlaku sebarang perubahan profil kredit mereka, seperti permohonan
kredit baharu, bayaran yang tertinggal, perubahan had kredit, penutupan
kemudahan kredit, kemuflisan, kes litigasi dan juga amaran jika ditemui butiran
peribadi dalam dark web. Dengan adanya semua ciri ini pengguna menjadi
lebih proaktif supaya berwaspada dalam menjaga identiti mereka dan menguruskan
kesihatan kredit masing-masing
“Melihat banyak sekali berlakunya pelanggaran
data bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia, dan meningkatnya transaksi
dalam talian dan jejak digital di media sosial menggunakan berbilang platform, maka
pencurian identiti dan data kita boleh terjadi melalui pelbagai cara,” tegas
Dennis Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS.
“Dalam enam
bulan pertama sahaja tahun 2019, kebocoran sebanyak 4.1 billion rekod peribadi
di seluruh dunia telah berlaku akibat pelanggaran data. Banyak
anasir jenayah menggunakan Dark Web untuk
urusan jual beli data orang ramai, jadi dengan alat pemantau baharu kami ini
dapat memberi peringatan kepada pengguna jika maklumat peribadi dikesan dalam Dark Web. Selain itu, perlindungan Takaful
yang turut disediakan memberi ketenangan fikiran seandainya anda menjadi mangsa
penipuan dan pencurian.”
Dengan adanya
CTOS SecureID hari ini bermakna kami mempunyai perkhidmatan terulung dalam
pasaran yang boleh membantu melindungi pengguna daripada pencurian dan
penipuan, di samping membantu meningkatkan celik kewangan, sejajar dengan misi
kerajaan untuk mempromosi pendidikan kewangan dan keterangkuman.
Sesiapa yang melanggan CTOS SecureID akan turut
menerima sokongan berupa maklumat terkini mengenai panduan pencegahan penipuan
dan pencurian, sokongan dalam hal-hal berkaitan pencurian identiti serta empat
Laporan Skor MyCTOS setahun. Dengan bayaran hanya RM9.90 sebulan atau RM99 setahun,
kini sesiapa je boleh menikmati perlindungan CTOS SecureID tanpa kerisauan.
Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan melanggani CTOS SecureID, boleh klik laman web mereka di https://www.ctoscredit.com.my
0 Comments