Merdeka Menstrual, RedTalks' Research Initiative on Period Poverty and Menstruation

Minggu lepas Aten berpeluang untuk menghadiri talk mengenai Merdeka Menstrual yang diadakan oleh organisasi yang diterajui oleh belia iaitu Redtalks sempena ulang tahun pertama mereka. Acara itu dianjurkan bersama dengan rakan-rakan SPOT, Enya, dan The Body Shop Malaysia yang juga menjadi penaja acara tersebut. Merdeka Menstrual berkhidmat sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah kemiskinan, yang bertujuan untuk memberi kuasa, mendidik, dan mewujudkan ruang yang selamat untuk semua orang

To be honest, this talk really membuka mata Aten lah. Seriously banyak gilaaaaa input yang Aten dari talk ni. Walaupun Aten datang bulan lebih 14 tahun, rupanya banyak benda lagi yang Aten tak tahu mengenai menstruasi. Terasa ye noob Aten kat situ. Hahaha
The first forum yang Aten dengar ialah “Battle of the Period Products!” yang berceritakan mengenai produk apa yang korang guna semasa haid datang. Sanitary pad, tampon atau menstrual cup. Seriouslyyy Aten baru tahu kewujudan menstrual cup! >.<  
Anyone kat sini ada tak yang scented sanitary pad? Never ever pakai scented pad. Memang lah bau wangi, chemical yang menjadikan sanitary pad wangi tu lah penyebab gatal-gatal, kerengsaan dan ketidakselesaan di Miss-V. Ever heard organic sanitary pad? First time jugak Aten tahu mengenai organic sanitary pad yang dikeluarkan oleh Enya. Tampon pulak, percayalahhhh Aten ingat orang luar negara jeee yang pakai tampon ni. Tapi ada jugak yang kat Malaysia pakai tampon dan menstrual cup. Yelah mungkin bagi dorang sanitary pad tak selesa dengan mereka and they decided to use tampon dan juga menstrual cup. Btw, korang tau tak, menstrual cup walaupun harga dia agak mahal tapi can last up to 10 years kalau korang gunakan dengan cara yang betul which is sangat jimat. Tak dilupakan juga, environmental factor juga sangat memainkan peranan penting dalam pemilihan period product. 
Organic Sanitary Pad : ENYA
Menstrual Cup : THE HIVE
Forum kedua pulak mengenai “Abortions: Malaysia’s Legal Taboo”. Para panel memberi pendedahan kepada peserta yang hadir tentang undang-undang, kebolehaksesan, dan proses pengguguran dalam Malaysia, serta menawarkan perspektif Islam mengenai perkara itu, dikongsi oleh Pegawai Program Kanan Sisters In Islam, Syarifatul Adibah. Pendirian pro-pilihan Malaysia terhadap pengguguran juga boleh digunakan bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun dengan kebenaran ibu bapa sama seperti setiap prosedur perubatan yang tersedia.

Forum ketiga berkisarkan “Moving Forward: Period Poverty After Pink Tax”. Sebelum tahun 2018, produk feminin seperti seluar dalam dan pad sanitari dikenakan cukai 5% atau 10% lebih tinggi di Malaysia. Ianya dipanggil Pink Tax. Selepas itu, penghapusannya Pink Tax memberi kelegaan kepada 15.7 juta wanita di Malaysia. Salah satu perkara utama yang dibincangkan dalam forum ni  adalah cara yang berbeza-beza pendidikan kesihatan haid dapat diberikan secara efektif kepada orang ramai. 

Barisan panelis untuk ketiga-tiga forum termasuk YB Maria Chin, Dr Rosvinder Singh, Syarifatul Adibah, Dr. Hamizah Mohd Hassan, Dr Subatra Jayaraj, Takahara Suiko, Claire Sancelot, Elaine Hong, pengasas Enya dan Aishah Hoo, pengasas SPOT .

Sebelum berakhirnya acara Merdeka Menstrual, Deborah Henry menyampaikan ucapan utama mengenai masalah kemiskinan dan pendidikan menstruasi di Malaysia dan menceritakan balik mengenai lawatan RedTalk ke Sekolah Fugee, sebuah sekolah pelarian yang ditubuhkan olehnya, untuk menyampaikan ceramah mereka tentang pembiakan seksual, seks, kesihatan dan persetujuan haid.
I learnt a lot! Macam-macam ilmu Aten dapat bila Aten attend talk macam ni. Aten rasa lepas ni kalau ada sesiapa yang nak tau mengenai mestruasi, Aten akan share apa yang Aten  dah belajar kat sini. Redtalks did a good job by organizing this event *clap-clap* 

Period adalah satu sifat semula jadi wanita. dan tiada apa untuk dimalukan. Be comfortable and confident with your our periods! 
"Semua wanita berhak mendapat produk berkualiti dan berpatutan," kata Pengasas Enya, Elaine Hong. "Sebagai sebahagian daripada inisiatif dan sokongan kami, kami berbangga untuk mengumumkan bahawa Enya Basics, satu pek 10 pad biasa akan diberikan percuma kepada semua, hanya perlu membayar cas  penghantaran di laman web kami."
Mesej Merdeka Menstrual juga disampaikan dalam bentuk karya seni visual, dari seniman Malaysia yang dihormati Veshalini Naidu, Dhaniya Yusof, Yante Ismail, Mulaika Nordin, Rahemma Azwar, Visithra Manikam, dan Raven Lilith dan juga persembahan muzik dari bakat tempatan Kepulauan dan Jetcetera, yang masing-masing membuat persembahan selama 30-minit, menghiburkan orang ramai yang hadir.
Acara Merdeka Menstrual juga menyediakan pelbagai booth seperti, The Hive, Cempaka Collective dan White Coat Publishers untuk peserta yang hadir untuk menambah ilmu.

For more info about Merdeka Menstrual & Redtalks,

Post a Comment

0 Comments