Khasiat Kentang Potato USA

Siapa kat sini giler kentang?
Yesss kita geng! Hehehehe
Kentang, walaupun bersaiz kecik comel, ianya membekalkan khasiat pemakanan yang sangat besar! Siapa setuju? Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan harian akan menentukan tahap prestasi seseorang atlet. 

Semua orang pun mesti dah tahu kentang membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan prestasi. Kentang membekalkan lebih tenaga berbanding sayur-sayuran lain. Kentang juga mengandungi lebih banyak kalium berbanding pisang.

Semalam Aten berkesempatan untuk ke event Potatoes USA. Mereka berkongsi maklumat tentang kempen “Real Food, Real Performance 2019” (Makanan Sebenar Prestasi Sebenar 2019) di Menara KL (KL Tower). Mereka membuka mata orang ramai dengan mendidik tentang pemakanan yang berprestasi tinggi untuk gaya hidup yang bertenaga, satu inisiatif juga telah dilaksanakan melibatkan beberapa atlet untuk tahun 2019/2020. Potatoes USA juga akan menyertai pelbagai acara sukan berprestasi tinggi termasuk Larian Menara Yayasan TM pada 10 November ni, yang bakal disertai oleh beribu-ribu pelari dari dalam dan luar negara. 

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa kentang ialah makanan semula jadi bermanfaat yang penuh dengan tenaga dan khasiat, baik untuk ahli sukan dan juga orang ramai mencatatkan prestasi terbaik. Kentang mudah dihadam dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur- sayuran lain dan juga merupakan pilihan yang wajar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam sesuatu pertandingan. Potatoes USA kini bekerjasama rapat dengan sekumpulan atlet terkenal di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara di Asia seperti Jepun, Korea Selatan, China dan kini Malaysia.

Selain itu, Aten juga dapat menyaksikan tiga pelari juara bertahan yang telah dipilih untuk menyampaikan pesanan kepada komuniti bahawa pemakanan semula jadi berprestasi tinggi sangat penting untuk golongan yang aktif bersukan. Mereka terdiri daripada Pelari Menara No.2 Dunia & No. 1 Asia, Soh Wai Ching, pelari veteran No. 1 Malaysia, Jeffrey Ross dan juara ultra-maraton, Tahira Najmunisaa. 
Mereka mengambil U.S. Potato Flex Energy Bar (Snek Penambah Tenaga Kentang A.S.) sebagai pembekal tenaga sepanjang larian lasak yang menguji ketahanan dan kekuatan fizikal mereka, dengan memanjat 2,058 anak tangga ke puncak Menara dalam usaha membaiki masa terbaik masing-masing.
Di akhir larian, mereka menikmati minuman Smoothies Kentang A.S. untuk menggantikan simpanan glikogen yang kehabisan seetelah berlari mendaki Menara KL.  Dalam sesi perkongsian selepas itu, setiap seorang daripada mereka mendedahkan amalan latihan masing-masing dan menerangkan bagaimana pemakanan menyokong kejayaan mereka. Memang sangat inspiring! Dengan Aten sekali terasa nak join towerthon kalau ada lagi. Hahahaha.

Masa yang dicatat oleh mereka dalam larian menara sebanyak 2,058 anak tangga ke puncak Menara tadi ialah :
Pelari Menara No.2 Dunia & No. 1 Asia, Soh Wai Ching  : 8 minit 42 saat
Pelari veteran No. 1 Malaysia, Jeffrey Ross : 10 minit tepat
Juara ultra-maraton, Tahira Najmunisaa : 15 minit 55 saat

WOW! Just WOW! Mendaki 2058 anak tangga in less than 20 minutes. Power gilaaaaaaaa! 

Soh yang juga merupakan Presiden Persatuan Larian Menara Malaysia (MTA), berkata larian menara ialah acara sukan yang amat intensif yang memerlukan banyak tenaga dalam tempoh masa yang singkat. “Jumlah kalori yang dibakar untuk acara jalan kaki selama 10 minit menaiki tangga adalah bersamaan 20-30 minit berjalan kaki di permukaan rata. Oleh yang demikian, saya memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya untuk membekalkan tahap tenaga yang tinggi. Oleh kerana saya bersukan secara aktif, diet saya merangkumi 70% karbohidrat. Saya memilih karbohidrat yang baik, yang penuh berkhasiat dan makanan semula jadi untuk membantu saya. Kentang A.S. memenuhi semua kriteria tersebut,” ujar Soh.
Pakar Diet Sukan / Pakar Pemakanan yang juga peminat lumba lari, Adele Wong dan Chef Janice Lee kemudian telah berkongsi beberapa resipi lazat menggunakan kentang A.S. untuk meningkatkan prestasi ahli sukan. Memang simple gila cara nak masak dan yang paling penting sedap dan berkhasiat! Terharu Aten dapat membuat demo cooking dengan Chef Janice Lee tadi :D
Adele menerangkan, “Karbohidrat adalah salah satu nutrien penting dalam pemakanan. Atlet yang terlibat dalam latihan berat memerlukan jumlah karbohidrat secukupnya sebagai pemberi tenaga. Berasaskan kajian semasa, pengalaman saya berkhidmat dengan atlet dan juga sebagai atlet sendiri, jelas bahawa prestasi akan terjejas apabila pengambilan karbohidrat tidak mencukupi. Jumlah khusus bergantung kepada keadaan atlet.” Sementara itu, seorang lagi pakar sains sukan juga mengesyorkan pengambilan karbohidrat harian bagi atlet pada lingkungan 6-10g setiap kg berat badan.
“Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C, kalium, folat, serat dan antioksidan. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang mudah diperolehi oleh atlet. Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang AS selamat dan bermutu tinggi.

Dari segi kos, kentang A.S. boleh membekalkan nutrien penting pada harga termampu. Satu hidangan kentang (5.3 auns) berharga hanya RM1.50. Malah, kentang mempunyai kandungan kalium, serat, protein, vitamin C dan E, kalsium, besi dan magnesium tertinggi berbanding sayur-sayuran lain seperti ubi keledek dan lobak merah. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Potatoes USA, klik :

1 comment... add one now

Maira Tours Bali Maira Tours Bali 07 November, 2019
Anybody, want a holiday or honeymoon in Bali, Need a private driver while in Bali?

Maira Tours Bali private tour driver and guide services one of the leading travel agency in Bali. Let’s explorer the beautiful Bali with us We always make sure you get the best private tours guide services in Bali. we provide you up to date information on attractions and must see sites in our tour packages

Our services are carefully designed to combining culture and natural riches with comfort, luxury, safety and delightful to create a your holiday

Make your beautiful and magnificent holiday come true with the Maira Tours

Our team is incredibly respectful, educated and professional with years of hospitality knowledge of Bali tour and travel sector. A friendly, helpful with professional guide will bring you from the Bali airport to your hotel stay is completely safe air-conditioned vehicle


Office Address :

Telp. +62361-9079831

WhatsApp . +6282235160518

Bali private tour driver | Tour packages | Transport services