Tahniah Dato' Sri Mahadi BZ Terima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019

Hi korang!

Alhamdulillah semalam Aten berpeluang untuk ke 9th Muslim World Biz yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Ianya diadakan di Plenary Hall, KLCC  selama 3 hari bermula daripada 4 hingga 6 September 2019. Acara fokus yang menjadi tunjang bagi persidangan ini adalah Forum Meja Bulat yang mengangkat tema "Fortifying Muslim Youth Leadership in the Face of Adversity" dan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 sebagai salah satu usaha bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan pencapaian individu dalam meningkatkan ekonomi umat Islam antarabangsa

Pameran dan persidangan ini juga telah menyaksikan kehadiran delegasi daripada pelbagai negara yang terdiri daripada pemain-pemain industri, ahli-ahli perniagaan dan individu-individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam dunia keusahawanan dan komuniti Islam global. Seronok tengok mereka berniaga produk mereka di sana. Rambang mata tengok banyak sangat pilihan yang ditawarkan. 

Tujuan utama Aten menghadiri 9th Muslim World Biz ni adalah untuk berjumpa dengan Dato' Sri Mahadi BZ yang baru sahaja menerima Anugerah Jewel dan mendengar talk beliau. Di Malaysia, hanya 2 orang sahaja yang layak menerima anugerah ni. Hebat kan beliau :)
Inilah Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman. Beliau merupakan pengasas Financial Genius Group (FGG). Sejak berumur 21 tahun, beliau berkecimpung dalam bidang financial dan kini dengan hampir 16 tahun pengalaman, beliau telah mencatat sejarah melayakkan diri beliau sebagai penerima paling muda Anugerah The Jewels of Muslim World.

Beliau berasal dari Pulau Pinang dan memiliki pendidikan tertinggi dalam bidang Diploma Sains Aktuari UiTM. Beliau dikenali sebagai pemilik termuda kereta mewah jenama Jaguar dan pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan terkini ialah Anugerah The Jewels of Muslim World 2019. Kisah kejayaan beliau pernah dipaparkan dalam Berita Mingguan, Dewan Masyarakat, Majalah Kosmo, Majalah Remaja, Berita Harian, Maskulin, Harian Metro, rancangan Idola, Bara Gemilang, The Breakfast Show dan lain-lain lagi.
This is the exciting part!
Beliau telah dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk "Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders" dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato' Sri Mahadi Badrul Zaman yang juga penerima Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 dalam penyampaiannya telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini. 
Menjadikan ibunya sebagai sebagai sumber inspirasi untuk berjaya memang sangat membuat Aten kagum. Bukan mudah ye dengan pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi tapi beliau sangat optimis dan tidak berputus asa demi mengejar impian beliau. Bila Aten dengar talk Dato Sri Mahadi BZ semalam, memang respect gila dengan beliau. Rasa terinspirasi dengar kisah jatuh bangun beliau hingga ke tahap ni. Memang membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, Anugerah Jewel ni bukan calang-calang orang ye boleh dapat. Hanya orang dengan kriteria terpilih sahaja. Antara yang pernah menerima anugerah ni ialah Dr. Mufti Ismail Menk, Prince Al Waleed dari Arab Saudi dan ramai lagi.
Financial Genius Group (FGG) dibawah pimpinan Dato Sri Mahadi Badrul Zaman juga turut tidak ketinggalan dalam mengambil peluang ini untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan. Melalui acara seperti ini, diharap FGG mampu melebar luaskan lagi pengaruh dan sayap serta akan lebih dikenali di peringkat global sebagai organisasi perancangan kewangan terbaik dunia.

Bak kata Dato Sri, di Financial Genius Group (FGG) mereka sarankan 2 perkara iaitu 'Add Value to People' dan 'Bring Out The Best in People' . Ramai orang boleh berjaya cuma tidak diserlahkan kejayaan mereka. In Shaa Allah Dato' Sri Mahadi BZ dan Financial Genius Group (FGG) boleh membantu korang serlahkan kejayaan korang.
Kejayaan Dato Sri Mahadi BZ patut kita jadikan contoh kepada usahawan di luar sana. Kalau beliau ada buat talk, please join. Trust me, takkan rugi. Jangan lupa dapatkan buku beliau tentang cara terpantas untuk menjadi jutawan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Dato Sri Mahadi BZ dan FGG, klik :

Post a Comment

0 Comments