Kubis & Kale, Restoran Poke Bowl @ Bandar Sunway

Semalam Aten dan Feeq pergi ke pelancaran Restoran Kubis & Kale. It’s such an honor to be the first guest yang masuk ke Restoran Kubis & Kale ni. Hehehe. First impression Aten mengenai restoran ni, besar gilaaaa! Kedudukan restoran ni di corner lot dan warna hijau tu mesti akan menarik perhatian orang ramai punya. Korang boleh untuk makan dekat dalam restoran ataupun dekat luar tu ada meja dan khemah untuk korang bersantai. Parking pun jangan risau, dekat depan restoran Kubis & Kale ni ada parking bertingkat. Haa, boleh la parking kat situ.

Restoran Kubis & Kale ni diasaskan oleh Chef Aaron Lim - seorang perintis gaya makanan poke bowl (campuran sajian nasi dan ikan mentah perap yang berkhasiat dan segar yang dihidangkan dalam mangkuk) di Malaysia. Restoran Kubis & Kale membawa trend ke peringkat yang lebih tinggi dengan hidangan sihat "Poke, Cooked Foods & Vegans In A Bowl".

Pembukaan Restoran Kubis & Kale ni tepat pada masanya sebab semua pun dah mula ada kesedaran untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk masa hadapan yang lebih cerah. Termasuklah Aten dan Feeq. Bila badan dah sihat, kerja pun mudah dilakukan tanpa ada masalah. Kan?
Menurut Aaron, Restoran Kubis & Kale merupakan tempat untuk menikmati makanan yang biasa, bermusim dan sihat. "Kami memberi penekanan kepada pilihan apa yang kita makan, sumber dan cara penyediaannya. Konsep kami ialah masak dari mula dengan menggunakan bahan-bahan bermusim yang sihat, menjalinkan hubungan dan bekerjasama dengan petanu, pembekal & masyarakat yang akan menyokong dan memperjuangkan 'real food'," kata Aaron.
"Kami berusaha unuk menjadikan makan makanan yang baik mudah, senang didapati dengan harga yang berpatutan. Pelanggan yang datang boleh memesan pelbagai sajian makanan yang sihat dalam suasana minimalis dan persekitaran hijau yang mendamaikan dan selesa. Kami juga menyediakan keperluan untuk mereka yang mahu menikmati makanan ringan dan hijau beserta daging untuk mereka yang nak. Sajian makanan di Restoran Kubis & Kale sesuai untuk generasi baru khususnya pengguna media sosial seiring dengan trend semasa tetapi berpaksi kepada makanan yang sihat," jelas Aaron.
Poke bowl tetap menjadi makanan utama dalam menu Restoran Kubis & Kale. Kegilaan terhadap makanan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun lepas dan akan berterusan. Daya tarikan Poke bowl ialah pada keupayaan orang yang makan untuk menyesuaikan masakan dengan pelbagai bahan asas, ramuan dan sos. Dengan potongan isi ikan mentah yang diperah, contohnya tuna yang kemudiannya diletakkan di atas nasi, soba atau quinoa dengan taburan sayur dan sos diatasnya.

Di Kubis & Kale, Aaaron sendiri yang mencipta rasa, bahan-bahan dan perisa baru dengan memperkenalkan 3 jenis makanan baru untuk vegetarian/vegan dan mereka yang mahu menikmati makanan sihat.
  • Poke Bowl (mentah & masak)
  • Makanan yang dimasak
  • Menu masakan untuk vegetarian/vegan
Kubis & Kale juga menyediakan bahan-bahan perap yang unik, diekstrak secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Fakta menarik tentang "Poke" di Kubis & Kale:
  • Menggunakan bahan makanan segar/sejuk dan diperap sendiri khususnya ikan salmon, tuna, ayam dan sebagainya
  • Lebih banyak makanan yang dimasak dan segar
  • Menawarkan menu bermusim
  • Pilihan sos vegan
  • Menawarkan banyak pilihan protein untuk vegetarian/vegan
  • Pelbagai jenis sos yang dibuat sendiri
Kubis & Kale menggunakan sayur karbon yang dibekalkan oleh Agriculture and Urban Regenerative Carbon Farming Experts - Perintis Tumbuhan Carbon (teknologi pertanian terbaru yang digunakan di Australia & Perancis, pertama di Malaysia)

Sayuran Karbon adalah bersih dan selamat dimakan dengan kandungan nutrien yang tinggi. Penggunaan kaedah pertanian penjanaan semula karbon adalah bebas daripada bahan kimia.
Pakar Diet, Indra Balatratnam turut hadir memeriahkan acara ini dengan menjelaskan tentang fakta pemakanan yang seimbang dalam kehidupan moden ini. Apa yang kita makan hari-hari boleh mempengaruhi kehidupan kita seperti perasaan, kesejahteraan dan kesihatan kita. Makanan yang kita makan boleh menambah baik mood kita, membuat kita rasa bertenaga dan melenyapkan rasa kembung dan senak perut.
Bagi mereka yang sentiasa sibuk dan sukar untuk mengambil makanan yang sihat, poke bowl adalah jawapannya! Poke bowl menawarkan pilihan mix & match pelbagai bahan seperti protein, kekacang, sayuran warna-warni, bijian dan bijiran yang mengandungi nutrien lengkap yang tubuh badan kita perlukan dan ianya sangat mudah dimakan dan dibawa kemana-mana. Kesemuanya dalam satu mangkuk degan sukatan yang betul untuk keperluan makanan kita.

Antara menu yang disediakan di Kubis & Kale : 
Menarik kannnn? Jangan risau, harga yang ditawarkan memang berpatutan.
Jom amalkan gaya hidup yang sihat dengan memakan makanan seimbang di Kubis & Kale :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Kubis & Kale :
Alamat :
Lot 2 & 4, Ground Floor, Jalan PJS 11/5, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya

Petaling Jaya, Malaysia
Operation hour : 10.30am-10pm

Post a Comment

1 Comments