'Sitting On The Edge' Tawar Pengunjung Saksikan Terjunan BASE dari Tebing Skydeck Menara KL

Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan KL Tower International Jump Malaysia (KLTIJM) untuk kali ke 19 tahun ni. Acara ni sebelum ni berjaya dengan cemerlang dan telah menarik penerjun dari seluruh dunia. Acara ini menjadi acara penting dan merupakan acara utama untuk Menara KL.

Terdapat hanya 2 menara di dunia yang menganjurkan acara terjunan BASE antarabangsa ini, iaitu Tallinn TV Tower Estonia dan Menara Kuala Lumpur Malaysia. Menara Kuala Lumpur telah menjadi penanda aras kepada penganjur acara terjunan BASE yang lain kerana Menara KL secara tegas mengambil langkah-langkah keselamatan sebagai keutamaan dan tugas-tugas teknikal yang diuruskan oleh pakar.

Tahun ini, aspek teknikal organisasi acara ini akan diuruskan oleh ABABIL BASE JUMP CLUB. Kelab ini terdiri daripada ahli-ahli dari penerjun BASE tempatan yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam menyelaraskan dan mengurus aliran teknikal.

Acara terjunan BASE ini akan mempromosikan 4 lokasi acara untuk memberi penerjun BASE peluang untuk mengalami cabaran dan keunikan lokasi-lokasi ni. Antaranya :
  • Menara Alor Setar International Jump @ Menara Alor Setar, 11-13 September 2019 (terjunan dari ketinggian 105 meter)
  • Gua Damai International BASE Jump @ Gua Damai, Batu Caves, 15-17 September 2019 (terjunan dari ketinggian 100 meter)
  • Sibu International BASE Jumps @ Wisma Sanyan, Sibu, 19-22 September 2019 (terjunan dari ketinggian 125 meter)
  • KL Tower International Jump Malaysia 2019 @ Menara Kuala Lumpur, 26-29 September 2019 (terjunan dari ketinggian 300 meter)
Terjunan ini akan bermula di Menara Alor Setar dimana penerjun akan terjun dari Sky Deck pada ketinggian 105 meter dari paras laut dan akan mendarat di Taman Jubli berdekatan.

Siri ini akan berakhir di Menara Kuala Lumpur untuk 'KL Tower International Jump Malaysia 2019' yang telah memasuki tahun ke-19 tahun ni. Ia akan mempamerkan terjunan menarik untuk memberikan keseronokan kepada pengunjung ketika duduk di tebing Sky Deck. Pengunjung akan dapat menyaksikan secara dekat aksi terjunan dari tebing Sky Deck pada waktu siang ataupun malam.
Ini merupakan satu-satunya peluang sepanjang tahun apabila pelawat dibenarkan duduk di tebing Sky Deck dan melihat sendiri saat-saat menggerunkan penerjun membebaskan diri di awanan pada ketinggian 300 meter di atas aras tanah.
Harga 'Sitting On The Edge'
Early bird : 
RM94 (biasa RM118) bagi pemegang MyKad
RM118 (biasa RM148) tanpa MyKad.
Tawaran sah untuk pembelian tiket dari 1 hingga 20 September 2019.
      
Pengunjung juga dapat menikmati akses tanpa had ke Sky Deck berharga RM200 untuk pemegang MyKad dan RM300 tanpa MyKad. Pakej ini membolehkan pengunjung menimati akses tanpa had ke Sky Deck selama 4 hari (sepanjang hari acara) dengan 1 percuma 'Sitting On The Edge' dan 1 foto percuma.

Untuk merancakkan lagi demam terjunan BASE, Menara Alor Setar juga akan membuka Sky Deck buat kali pertama kepada pengunjung semasa acara 'Menara Alor Setar International Jump' dengan harga tiket khas RM48 untuk pemegang MyKad dan RM58 tanpa MyKad.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan tawaran yang telah dirancang di Menara KL dengan sokongan dari rakan-rakan acara seperti MyBalloon Adventure yang akan mempamerkan belon panas sepanjang 4 hari acara, promosi tiket khas oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), kadar istimewa menginap di OASIA Suite Kuala Lumpur, tawaran istimewa dari Starbucks, minuman I-Mizu dan banyak lagi.
Acara 'KL Tower International Jump Malaysia 2019' dan Menara Alor Setar International Jump 2019' tahun ini disokong oleh Kementeria Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Unifi, Kerete Tanah Melayu (KTM), Starbucks, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT), MyBalloon Adventure, MYDIN, AirRider, Spectrum Photo Solution, I-Mizu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), OASIA Suite Kuala Lumpur, Star City Hotel Alor Setar, Maxx Sports Sdn Bhd dan Atmosphere 360.

Untuk maklumat lanjut, klik :

Post a Comment

0 Comments