Serikan Diri di Aidilfitri dengan Garnier

Makna sebenar Aidilfitri bukan sahaja meraikan dengan yang tersayang tetapi juga merupakan musim kita untuk bersedekah terutama kepada mereka yang memerlukan. Tahun ni Garnier Malaysia membawakan makna baru bagi sambutan Hari Raya menerusi kempen Serikan Diri di Aidilfitri, menerusi kerjasama dengan rakan peruncit MYDIN untuk  menyumbang kepada masyarakat menerusi usaha memperkasakan wanita.
Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama TechForGood, sebuah program di bawah Global Entrepreneurship Movement Association (GEMA). Ianya adalah inisiatif yang meningkatkan dan memperkasakan komuniti mikro di Malaysia dengan memudahkan pembelajaran kemahiran baru dan meningkatkan pendapatan mereka menerusi bantuan teknologi yang telah membantu kira-kira 500 ahli.
Pada majlis penutupan kempen yang diadakan di MYDIN USJ, Garnier Malaysia mengumumkan bahawa kolaborasi dengan MYDIN akan memberi manfaat kepada TechForGood dengan cara :
  1. Bagi setiap produk Garnier yang dijual di MYDIN pada bulan Ramadan, RM0.20 disumbangkan kepada program
  2. Setiap perbelanjaan RM30 ke atas untuk produk Garnier yang dibeli sewaktu roadshow MYDIN antara 24 - 30 Jun 2019, pembeli menerima tote buatan tangan atau beg pouch yang boleh diguna semula yang dijahit oleh para wanita di bawah program ni.

Ian Cheng, Pengurus Pemasaran Garnier Malaysia berkata, ' Kami tidak melihat tanggungjawab sosial kami sebagai terpisah daripada aktiviti perniagaan - kami menggabungkan kedua-duanya secara lancar di bawah strategi kemapanan kami. Sebagai program yang membantu masyarakat denga  meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka, visi TechForGood adalah selaras dengan komitmen kami iaitu membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Jenama kecantikan berjaya mengumpul RM15,000 bagi memperkasakan wanita menerusi TechForGood
Sepanjang kempen Serikan Diri di Aidilfitri yang berlangsung pada bulan Ramadan, sebanyak 48,000 barangan hadiah yang dibuat sendiri oleh para wanita di bawah program ini telah diberikan secara percuma kepada para pembeli. Sejumlah RM15,000 telah dikumpulkan dengan kerjasama MYDIN untuk menyokong TechForGood.
Sempena dengan kempen Serikan Diri di Aidilfitri, barisan selebriti Amyra Rosli, Shafiq Kyle dan Azira Shafinaz turut memberi sokongan mereka di acara tersebut. Bagi ketiga-tiga mereka yang muncul dalam drama mini bersiri TV3 yang bertajuk Serikan Hatimu, sambutan Hari Raya tahun ni menjadi lebih bermakna apabila memberi sokongan kepada usaha amal yang memperkasakan wanita. 

Garnier adalah penaja mini series, Serikan Hatimu, yang menyambut keindahkan persahabatan dan memperkasakan wanita. Jangan lupa tonton di rangkaian TV3 dalam Youtube

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni, klik

Post a Comment

0 Comments