Raya Lebih Ceria dengan Spongebob Squarepants di WCT Malls

Korang percaya tak Spongebob Squarepants dah 20 tahun bersama kita semua?
Raya tahun ni Spongebob Squarepants dah kawan baiknya Patrick Star akan berada di WCT Malls untuk meraikan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan peminat mereka. Dengan bertemakan 'Seronoknya Raya', patung karakter bergerak Spongebob Squarepants dan Patrick Star akan menceriakan lagi suasana di Paradigm Mall Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru dan gateway@klia2.
Sempena ulang tahun Spongebob Squarepants yang ke-20 tahun, ruang legar WCT Malls akan dihiasi dunia magis bawah laut yang akan menceriakan musim cuti dan raya peminat setia mereka.  Korang akan nampak rumah nenas Spongebob Squarepants juga. Selain itu, mereka juga dapat beramah mesra bersua muka dan boleh bergambar dengan Spongebob Squarepants dan Patrick Star. Korang juga boleh dapatkan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baru, mainan mewah, belon patung Spongebob Squarepants dan banyak lagi.
Cik Selena Chua selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls berkata, "Kami teruja dapat menjemput Spongebon Squarepants dan Patrick Star ke WCT Malld untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pertama mereka dengan peminat-peminat di Malaysia. Dengan karakter yang sentiasa optimis dan ceria, Spongebob Squarepants dan sahabat baiknya Patrick Star pasti akan memeriahkan suasana dan menceriakan semua yang menyertai aktiviti 'Seronoknya Raya' di WCT Malls. Secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga, saudara dan sahabat baik.
Untuk menyebarkan sinar harapan dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan, Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu 'A Library of Hope', sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kepada mereka yang mempunyai buku-buku baru dan terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan menengah boleh meletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei - 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpulkan akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

Selain itu, program amal 'Denim Donation Drive' juga akan dijalankan bagi membantu ibu-ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle. Ini akan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit. Kepada mereka yang mempunyai denim baru atau terpakai, mereka boleh mengubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei - 9 Jun 2019.
Pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon Spongebob Squarepants terbesar dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, akan ada juga 20 patung Spongebob Squarepants bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB turut meraikan kejayaan mencatat Malaysian Book of Records bagi belon karakter terbesar di Malaysia

Untuk maklumat lanjut, klik media sosial mereka,
Paradigm Mall PJ : Facebook | Website | Instagram
Paradigm Mall JB : Facebook | Website | Instagram
Gateway@KLIA2 : Facebook | Website | Instagram

Post a Comment

1 Comments

  1. "Spongebob" is a favorite cartoon of my little sister and I am sure that she will be on a cloud nine when we will visit this store.

    ReplyDelete