FRDA by FAREEDA | Penjenamaan Semula Tudung FAREEDA

Hi semua,
Dah lama rasanya Aten tak pergi event sejak-sejak ada Ammar ni. Kena tunggu Feeq free baru Aten boleh join event. Hehehe
Harini Aten berkesempatan untuk join PC Fareeda Group yang bertempat di Bangi.
FRDA by FAREEDA
Nama baru FAREEDA lepas hampir 12 tahun bertapak di Malaysia. Menarik kan? Nampak moden dan eksklusif sejajar dengan perkembangan fesyen tanah air juga antarabangsa yang semakin trendy, urban dan versatile. FRDA by FAREEDA juga meraikan peminat dengan slogan 'Hatiku Tertawan' bersesuaian dengan imej dan rekaan yang akan dikeluarkan oleh FRDA by FAREEDA. Misi dan visi untuk penjenamaa semula ini adalah untuk memartabatkan tudung buatan Malayia ke pasaran global dan sekaligus memperkenalkan imej tudung sebagai Trendy Beauty Headgear.
Bersempena dengan penjenamaan semula ini juga, pihak FAREEDA telah melantik Encik Andry Suhermanto sebagai CEO  bermula Januari 2019 untuk mengukuhkan FRDA by FAREEDA.

Penjenamaa semula ini dibuat untuk mengekalkan tudung FAREEDA sebagai tudung eksklusif No 1 di Malaysia dengan rekaan terkini, menarik dan up-to-date bersesuaian dengan perubahan permintaan pasaran semasa.
Selendang Mawar Satin Exclusive
Inovasi terbaru dari FRDA by FAREEDA ialah penggunaan Metal Hook dan koleksi travel yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur kerana ianya sangat memudahkan. Tak perlu dah guna pin. Hehehe.
Sempat lah jugak kitorang melawat kilang FRDA by FAREEDA dimana staff mereka menjahit sendiri tudung mereka dari la secebis kain sehingga siap sepenuhnya lengkap dengan quality control untuk menghasilkan tudung yang sempurna tanpa cacat cela. 
Btw guys, FRDA by FAREEDA tengah mencari wajah baru untuk mempromosikan koleksi mereka. Ada bran? Jom pergi sesama dengan Aten. Mana tau tetiba terpilih kan. Rezeki wehh. Hehehe. Nak tau lebih lanjut pasal ni, korang tengok je FB page dorang, sentiasa update dengan aktiviti terbaru dorang. Ajak reramai join sekali tau!

Set reminder 30 Mac 2019 ni tau untuk launching FRDA by FAREEDA! Aten tak sabar nak cuba shawl terbaru dorang dengan inovasi metal hook tu *.*

Untuk maklumat lanjut mengenai FRDA by FAREEDA,
korang boleh terjah media sosial dorang k, 

1 comment... add one now

Wan Syahida Kahar Wan Syahida Kahar 20 February, 2019
cantik je..hatiku tertawan.... huhu..