Review Pigeon Electric Breast Pump Pro

Alhamdulillah, dah 8 bulan Ammar lahir. Bila dah ada Ammar ni, susah sikit Aten nak update blog sebab fokuskan dekat dia. Lagi-lagi Aten first time jadi mummy, hari-hari ada je benda baru belajar. Fuhh! Mencabar jugak ye. Fizikal dan mental kena kuat bila dah jadi mummy ni. . Hehehe. 

Memandangkan kerja Aten memerlukan untuk Aten keluar dan terpaksa tinggalkan Ammar, Aten dari sebelum bersalin lagi Aten dah survey breast pump untuk buat stok susu Ammar. Rupanya, banyak gilaaa jenis pam untuk pam susu. Nampak sangat Aten ni newbie, taktau sangat pasal breast pump ni. Ada yang manual, elektrik, handsfree. Bagi Aten,  ianya kaedah yang sangat mudah. Contohnya, kalau Aten terpaksa tinggalkan Ammar untuk jangka masa yang lama, Aten boleh buat stok susu untuk Ammar atau Feeq boleh ambil alih tugas susukan Ammar bila Aten tak sihat. 

So, Aten decide untuk guna Electric Breast Pump Pro dari Pigeon. Seperti yang kita tau, produk Pigeon adalah jenama terkenal yang telah menjual produk bayi untuk masa yang lama - sejak tahun 1957 dan antara yang terbaik dijual di sini. Dengan lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam kajian pemakanan bayi, Pigeon dengan bangga memperkenalkan rangkaian baru pam susu yang dibangunkan berdasarkan kajian penyusuan terbaru. Melalui penyelidikan ini, Pigeon mengenal pasti 3 langkah utama untuk ekspresi susu ibu yang berkesan - Fit, Stimulation and Expression Gentle. Ini membolehkan ibu-ibu mengekspresikan susu badan dengan selesa, dengan cara yang paling semula jadi. Pigeon Breast Pump Pro direka untuk ibu-ibu yang suka menyesuaikan diri dengan gaya pam mereka, yang membuat pam berasa lebih selesa. Produk mereka ni boleh didapati di kebanyakan kedai bayi dan juga kompleks membeli belah. Untuk yang sibuk, beli online je pun boleh.

Description Pigeon Electric Breast Pump Pro

  • Comfort ProperFit™ Soft Silicone Cushion
  • Direka untuk secure seal dan selesa untuk memudahkan pam yang lebih cekap
  • 2 Tahap Teknologi - Mod Stimulasi dan Mod Ekspresi. Mod stimulasi merangsang payudara untuk memulakan aliran susu dan mod Ekspresi untuk memaksimumkan aliran susu
  • Pumping style yang pelbagai : 7 tahap sedutan boleh laras dengan 4 kelajuan sedutan boleh laras untuk dipilih
  • LED monitor - membolehkan anda mengawal kelajuan dan kuasa pam
  • Mudah digunakan dan lihat
  • Tiada ciri aliran balik (No backflow feature)
  • Reka bentuk kebersihan (hygenic design) untuk mengelakkan susu dari mengalir ke corong
  • Bottle stand untuk mengelakkan botol terbalik
Review Pigeon Electric Breast Pump Pro :
Alhamdulillah Aten buat pilihan yang tepat! Lega rasanya bila ada Pigeon Electric Breast Pump Pro ni. Siap ada beg untuk letak perkakas breast pump. Senang nak dibawa kemana-mana. Cara pemasangan breast pump ni pun sangat mudah dengan berpandukan manual. Instruction sangat straight forward. Pigeon Electric Breast Pump Pro ni boleh digunakan menggunakan bateri ataupun adapter. So, kalau nak travel jauh, just guna bateri je senang. Tapi, suction bila guna bateri tak sekuat guna adapter. So, Aten prefer guna adapter bila nak pam susu. Dalam 20-30 minit, Aten boleh dapat 120ml-160ml susu Kadang-kadang tu 200ml susu pun boleh dapat . Skrin digital LED pada pam Pigeon memudahkan untuk Aten track kelajuan dan masa. Bunyi breast pump Pigeon ni pun tak kuat. Pam sebelah Ammar pun dia tak sedar. Hehehe. Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal dari brand lain, Aten puas hati dengan features di Pigeon Electric Breast Pump Pro. Kawan Aten pun ada recommend jenama ni. Bila orang dah recommend maknanya okay la kan produknya. Secara peribadi, Aten mengesyorkan Pigeon Electric Breast Pump Pro  sebab ia sangat mudah digunakan. Begitu juga dengan gaya hidup Aten yang sibuk, dan sebab Aten seorang ibu muda, Aten suka aspek teknologi seperti skrin LED dan compact membolehkan Aten bawak ke mana sahaja Aten pergi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pigeon Electric Breast Pump Pro, klik : 

Post a Comment

0 Comments