Review SEERS 3-Second Hot Water Dispenser

Susah kan bila tiap kali nak guna air panas, kena masak berkali dan kali? Lepastu take time pulak tu. Hmmm. Terutama yang takde rumah sendiri, menyewa apartmen orang lain. Nak jaga rumah orang kan. Kena lah hati-hati. Macam Aten dan Feeq sendiri, memang kitorang tak pasang water filter sebab masih menyewa rumah orang lain. Cadangnya bila dah ada rumah sendiri, baru nak pasang. Jadi, setiap kali nak guna air panas, memang kena masak air tu.

Worries no more! 
Thanks to SEERS 3-Second Hot Water Dispenser sebab banyak membantu Aten untuk menggunakan air panas dengan cepat! 3 saat je yang diperlukan untuk panaskan air. Wehhh power gila! 
SEERS ni dah lama rupanya di Malaysia. SEERS ni pakar dalam sistem pemanasan air. Mereka ni la yang memulakan produk dan pembangunan perniagaan peralatan elektrik mesra alam yang inovatif dan mengekalkan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan untuk meningkatkan inovasi mesra alam yang menghasilkan air panas melalui perolakan haba semulajadi (natural heat convection). Kalau Aten tau la, masa belajar universiti duduk menyewa, Aten beli satu ni. Cepat dan memudahkan kerja Aten. 

SEERS 3-Second Hot Water Dispenser menggunakan teras "Nanocrystal Tube", teknologi pemanasan air hidro-pemencilan bukan logam (non-metallic hydro-isolation water heating). Air rebus yang dibekalkan oleh Nano Tube dan siap dengan hanya 2-5 saat apabila diperlukan. Berbanding dengan dispenser air panas tradisional yang berubah-ubah dalam suhu air, pensterilan air dilakukan semasa proses pemanasan di SEERS Thermos Flask. SEERS Thermos Flask mengatasi keburukan seperti air semula mendidih yang bercampur dengan kotoran yang mungkin kita tak nampak. Jangan risau, semua komponen yang digunakan dalam SEERS 3-Second Hot Water Dispenser adalah mengikut standard keselamatan negara. Penjimatan kuasa adalah kira-kira 98% pada mod siap sedia air panas (standby mode hot water dispenser) dan penjimatan tenaga 50% berbanding dengan dispenser tradisional lain pada mod keep warm. Dengan SEERS Thermos Flask yang baru, kita boleh menggunakan air panas hanya dalam masa 3 saat tanpa sebarang kebimbangan penggunaan elektrik yang tinggi!
Apa yang Aten suka mengenai SEERS 3-Second Hot Water Dispenser ni ialah cara penggunaannya. Sangat simple. Baca manual sekali je dah boleh mahir guna alat ni. Ianya sangat mudah sebab kita hanya klik je butang yang disediakan tu. Memang dah disetkan berapa temperature air yang kita nak, berapa banyak air panas yang kita perlukan, tekan butang enter, tunggu 3 saat dan siap! Aten memang sangat kagum dengan teknologi yang digunakan oleh SEERS. Dapur kecik? Jangan risau, alat ni pun kecik comel je dan ringan kalau korang nak ubah-ubah posisi. Maximum untuk isi air dalam SEERS 3-Second Hot Water Dispenser ni 2.2L je. Cukup sangat untuk buat air minum panas untuk sarapan Aten dan Feeq. Hhehehe.
Ciri Produk & Manfaat menggunakan SEERS 3-Second Hot Water Dispenser :
  • Freshly Boiled Water
  • Penjimatan tenaga
  • Bekalan air panas segera dalam masa 3 saat
  • Mesra alam
  • Tetapan suhu boleh laras (Adjustable temperature setting)
Best Temperature :
45 °C -Morning Detoxification 
55°C - Protein Shake 
65°C - Baby Milk
75°C - English Tea
85 °C - Chinese Tea 
Harga SEERS 3-Second Hot Water Dispenser : RM560
Kalau korang bukak FB page dorang, memang tengah ada flash sale. Harga RM499 je weh. Grab sementara promo masih ada tau!
Untuk maklumat lanjut, klik sosial media SEERS :

Post a Comment

1 Comments