NUViT Dermal White Series Review

Hi reader kesayangan Aten!
Sejak lahirnya Baby Ammar 2-3 bulan lepas, memang ‘me-time’ langsung takde wehh. 24 hours fokus dekat dia je. Almaklumlah, anak pertama. Every day is a new experience. Kalau dulu, rajin pakai mask, moisturizer, serum apa semua, ni takde dah. Kulit kering, kulit kusam, jeragat, jerawat semua ada kat muka Aten ni. Bila dia dah masuk 3 bulan , Aten dah lega sikit. Dah boleh dah tengok2 laptop buat kerja apa yang patut. Hehehe. Alhamdulillah everything semua ok. Seronok jugak ye jadi mummy ni lagi-lagi bila baby kita senyum kat kita kan. Hilang semua penat :D
Btw, entri kali ni Aten nak cerita tentang satu series produk yang Aten tengah guna iaitu NUViT Dermal White Series. Aten sangat tertarik dengan produk ni sebab NUViT menggabungkan teknologi klinikal dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan semulajadi berasaskan organik dan mempunyai nutrient tinggi. NUViT bebas dari ramuan kimia, bahan pengawet dan ramuan yang diubah suai secara genetik dan wangian. Bila dah bebas bahan kimia tu, memang produk yang dikeluarkan selamat untuk digunakan.

Aten sure mostly tahu warna kulit kita disebabkan oleh pengeluaran melanin yang dihasilkan dalam tubuh badan kita untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV. Pendedahan cahaya matahari yang berlebihan menyebabkan tona kulit kita tak sekata dan tompok akan terhasil.
NUViT Dermal White Series diperbuat untuk mencerahkan, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan mengurangkan bintik-bintik di muka kita. Dengan adanya Dermal White membantu menghalang pengeluaran melanin mejadikan kecerahan kulit dalam 3 hari, memudarkan tompok gelap dalam masa 14 hari dan tona kulit lebih sekata.
Apa yang menariknya mengenai NUViT Dermal White Series ni ialah, dengan kewujudan B-trans5TM yang mempunyai formula unik yang menghalang pembentukan melanin, memperbaiki kulit dan mempunyai keupayaan antioksidan yang tinggi menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, lembut dan sempurna.
B-trans5TM mengandungi 3% tranexamic acid, AA-2G, Vitamin B3, ekstrak bunga daisy dan vitamin E untuk menghalangkan dan membalikkan pembentukan melanin dan seterusnya mencegah pembentukan tompok hitam.
NUViT Dermal White Brightening Spot Correcting Serum
Serum muka yang mempunyai banyak khasiat untuk menjadikan kulit lebih berseri. Selepas beberapa lama, ia akan mengurangkan bilangan dan intensiti tompok gelap dan kesan warna kulit dengan rumusan 3% Tranexamic Acid, AA-2G, ekstrak bunga daisy dan tetrapeptide-30.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan NUViT Dermal White Brightening Spot Correcting Serum :
Selepas mencuci muka, gunakan serum dengan kuantiti yang bersesuaian di kawasan tompok. Sapukan pada waktu pagi dan malam.
NUViT Dermal White Brightening Essence Fluid
Brightening Essence Fluid menyerap masuk ke dalam kulit sekaligus menghasilkan keserian segera (betul wehh!). Selain itu, memulihkan kecerahan, kelembutan, dan menjadikan muka nampak berseri-seri. Dirumuskan dengan 3% Tranexamic Acid, AA-2G, Daisy Flower Extract, Ekstrak Rumpai Laut Brown dan 24HR Super Hydra Factor. Ia memberikan penghidratan berterusan sementara memudarkan bintik-bintik gelap dan perubahan warna kelihatan jelas. Ia juga menghidrat kulit serta merta.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan NUViT Dermal White Brightening Essence Fluid :
Selepas membersihkan muka, gunakan pada muka dan leher, pagi dan malam, untuk mengimbangi keseluruhan warna kulit. Sapukan pada waktu pagi dan malam.
NUVit Dermal White Brightening Spot Corrector
Spot corrector ni  memberi tumpuan kepada tompok gelap akibat matahari atau bintik-bintik gelap dengan kesan segera dan menjadikan muka kelihatan berseri. Rumusan 3% Tranexamic Acid, AA-2G dan Ekstrak Bunga Daisy membantu melembabkan dan mencerahkan kulit dan membetulkan tona kulit tidak sekata.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan NUVit Dermal White Brightening Spot Corrector:
Selepas membersihkan muka, sapukan krim spot corrector pada kawasan tompok. Gunakan pada waktu pagi dan malam.
Harga NUViT Dermal White Series :
  • NUViT Dermal White Brightening Spot Correcting Serum, 15ml @ RM69.90
  • NUViT Dermal White Brightening Essence Fluid, 30ml @ RM75.90
  • NUVit Dermal White Brightening Spot Corrector, 15ml @ RM59.90

NUViT Dermal White Series Review :
Memandangkan masa Aten sekarang banyak fokus kepada Baby Ammar, Aten merasakan produk NUViT ni sangat sesuai dengan Aten. Dengan hanya 3 kali langkah mudah je, Aten dah boleh dapatkan keremajaan kulit Aten balik. Even, Mama Aten pun guna tau. Berebut kitorang dua orang. Hahaha. Texture produk ni sangat lembut pada kulit. Rasa macam pakai moisturizer pun ada. Dengan keaadaan cuaca tak menentu sekarang ni, Aten rasa memakai produk NUViT pilihan yang tepat untuk Aten. Bau produk NUViT ni bau bunga! Kan dorang guna ekstrak bunga daisy. Taktau pulak bau bunga daisy ni best gila :’D Aten dah cuba produk ni hampir 2 minggu. So far semua okay. Bintik hitam kat muka Aten takde lah hilang terus tapi cuma pudar je. Mungkin kalau orang lain pakai akan nampak keberkesanan yang berbeza. Kulit muka Aten masih lagi kering tapi tak seteruk dulu. Alhamdulillahh. Hehehe. Antara ketiga-tiga produk NUViT ni, Aten paling suka Brightening Essence Fluid. Bila sapukan dekat muka, Aten rasa kulit muka Aten terus nampak glowing :D yang penting jangan skip 2 kali sehari pakai. Mengenai harga pulak, Aten rasa sangat reasonable dengan kualiti yang dihasilkan oleh produk NUViT. Memang sangat recommend!
Untuk maklumat lanjut mengenai NUViT, boleh terjah media sosial dorang bawah ni :
Call : 03-7727 6390

Post a Comment

1 Comments