Review Bmama Maternity Hospital Bag Kit

Since Aten ni first time nak bersalin, Aten memang clueless gila nak bawak apa untuk pergi hospital. Nak bawak keperluan apa untuk Aten. Nak kena stay hospital berapa hari apa semua kan. Nervous tu jangan cakap lah. Rasa macam memula nak kawen dulu. Hahahaha

Nasib baik ada kawan Aten recommend Bmama Maternity Bag dari BMAMA ni. Dia pun pernah guna beg ni masa dia nak bersalin haritu. Kalau dah siap recommend kat orang tu kira okay lah kan. Hehehe

Bmama Maternity bag ni korang boleh beli kat kedai dia sendiri. Tapi memandangkan Aten time tu tengah sarat, boleh beli online. Sangat memudahkan untuk semua mummy-to-be ni wehh. Website BMAMA pun sangat friendly user dan straight forward. Dengan adanya hospital bag dari BMAMA ni, kita tak perlu dah susah-susah keluar shopping nak carik barang satu-satu. Lecehkan. Baik rehat kat rumah. Lagi satu, boleh jimat masa, tenaga dan juga duit kita. Hehehe.
Ni merupakan apa yang ada dalam BMAMA Maternity bag. Selain dari baju yang kita nak pakai, barang kat atas ni dah cukup untuk keperluan selepas bersalin. Beg yang digunakan pun tebal, tahan lasak dan tahan lama. Dah 4 bulan Ammar lahir, beg BMAMA Maternity ni masih lagi elok untuk digunakan. 

Yang menariknya pasal bengkung dalam BMAMA Maternity Bag ni, korang boleh pilih nak yang 2 strap, 3 strap ataupun 4 strap bergantung cara korang bersalin nanti. Untuk yang taktau samada nak bersalin czer atau normal, staff BMAMA cakap ambik yang 3 strap. Takde la kena luka korang nanti. Pemakaian bengkung selepas bersalin sangat penting untuk kecutkan rahim yang dah kembang, mengetatkan rahim dan juga untuk bentukkan pinggang kita semula untuk kelihatan ramping. 

Natural Waterless Shampoo dia pun best. Diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan (plant-based) . Just sapukan kat rambut dan keringkan je. Tak perlu nak bilas guna air bagai. Yang penting, halal. So, gunalah tanpa was-was!
Harga asal BMAMA Maternity Bag ni tak salah dalam RM300++ tapi sekarang korang boleh dapat dengan harga RM150 which is murah gilaaa dengan apa yang ada dalam tu.

Mummies-to-be, BMAMA merupakan one stop centre korang untuk dapatkan keperluan ketika hamil, preparation untuk bersalin dan selepas bersalin. Aten dah pergi kedai BMAMA, semua ada! Yang paling Aten suka ialah maternity bra dorang. Selesa gila weh pakai. Staff dorang sangat friendly, so kalau korang nak tau pasal apa-apa barang dorang, tanya je. Jangan malu-malu! 

Gunakan kod BMAMAFATIN untuk dapatkan 20% di BMAMA. Memang berbaloi-baloi! Valid sampai 31 Dec 2018 :)

Untuk maklumat lanjut, klik :

BMAMA HQ
G, 34, Jalan Medan Putra 4, Medan Putra Business Centre,
52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

MELAWATI MALL (ELEBE MATERNITY)
Level 2 (beside ToysRUS)
Jalan Sabah, Taman Melawati, 53100 Ampang, Selangor

AEON BANDAR UTAMA (INUJIRUSHI)
Level 1 (maternity & lingerie section)
S125, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Post a Comment

0 Comments