Review Amway Post Natal Care

Penjagaan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai berpantang merupakan satu fasa pemulihan atau proses rawatan untuk ibu selepas bersalin bagi memulihkan tenaga luaran dan dalaman, dan memastikan agar ibu kembali sihat untuk jangka masa yang panjang supaya dapat menjaga bayi yang dilahirkan.  Semasa proses bersalin, tenaga ibu banyak digunakan sehingga ibu mengalami keletihan dan sakit-sakit badan. Oleh itu, bagi memastikan keadaan ibu kembali pulih, ibu-ibu harus berpantang sekurang-kurangnya selama 44 hari selepas bersalin.

Sebagai seorang yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu, mereka sepatutnya merasa bertuah kerana berpeluang merasai pengalaman berpantang.  Walaupun ada  sesetengah yang beranggapan berpantang itu pengalaman yang agak ‘menyeksakan’, tetapi ia sebenarnya satu proses yang sangat bermanfaat dan banyak kebaikan. Dengan zaman serba moden, set penjagaan selepas bersalin sangat mudah didapati dan kebanyakan dijual secara atas talian ataupun dijual di pusat membeli-belah.

Amway Malaysia merupakan salah satu syarikat yang menjual set penjagaan selepas bersalin yang dikenali sebagai Amway Post Natal Care kepada bakal-bakal ibu yang bakal melahirkan anak. Set Lepas Bersalin Tropical Herbs baru direka semula untuk memenuhi keperluan ibu moden yang menyatukan amalan terbaik tradisional dan kemajuan terkini. Diseduh dengan minyak pati dan dibungkus agar mudah digunakan, ia pasti menjadi bahagian penting setiap pelan penjagaan selepas bersalin.

Amway Post Natal Care mempunyai 11 produk yang akan digunakan dalam tempoh 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru selepas bersalin iaitu :

Sabun Skrub Herba (100g)
Sabun Skrub Herba menampilkan gabungan bahan-bahan semula jadi sepenuhnya yang membantu membersih serta menyental dan melicinkan kulit dengan lembut. Ditambah Minyak Oren Manis untuk bau yang menyegarkan.


Minyak Urut Halia (75ml)
Minyak Urut Halia mengandungi gabungan minyak terpilih semula jadi sepenuhnya dan juga Minyak Pati Halia dan Lavender yang membantu melembapkan kulit, menjadikannya begitu licin dan lembut.

Minyak Bayi + Minyak Kelapa Dara (75ml)
Rumusan 100% semula jadi yang mengandungi Minyak Kelapa Dara, Cengkih dan Pudina yang menyamankan dan membantu melembap dan melindungi kulit bayi tanpa menyebabkan kerengsaan.

Pembersih Herba Wanita dengan Prebiotik & Manjakani (150ml)
Rumusan termaju yang menggabungkan ekstrak prebiotik dan Daun Sirih, Pueraria Mirifica, Parameria Barbata dan Quescus Infectoria untuk membersih, mengharum dan menyegarkan kawasan intim.

Semburan Penenang Campuran Bunga (70ml)
Dibuat daripada gabungan air bunga Mawar dan Lavender berkualiti tinggi yang menyegarkan dan dicampur dengan minyak pati terpilih untuk membantu anda rasa tenang dan nyaman selepas disembur pada muka.

Balm Pelembap Puting (15g)
Rumusan semula jadi sepenuhnya, selamat dan lembut untuk membantu melembapkan kulit di sekitar puting payudara dan mengurangkan kemungkinan ia kering atau merekah. Mengandungi minyak selasih dan adas yang juga membantu memberi kelegaan.

Campuran Herba Peramping (15g x 20 paket)
Kombinasi herba terpilih yang digunakan bersama dengan Bengkung Lepas Bersalin untuk membantu membersih dan menegangkan bahagian abdomen selepas melahirkan anak.

Bengkung Lepas Bersalin
Digunakan bersama dengan Campuran Herba Peramping Tropical Herbs untuk menegangkan kulit perut.

Teh Herba
Membersihkan sistem dalaman dan dimakan sebagai tonik untuk menenangkan ibu-ibu baru.

Herba Lepas Bersalin 1
Membantu mengembalikan tenaga kepada ibu menyusu dan meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Herba Lepas Bersalin 2
Membantu ibu baru mengembalikan susuk badan luaran dan dalaman seperti asal sebelum hamil ketika menyusu.

Ciri-ciri dan manfaat Amway Post Natal Care :
  • Penyelesaian lengkap dan selesa dengan semua yang kita perlukan. Persediaan minumum diperlukan, kerana semua produk sedia untuk digunakan.
  • Mengandungi minyak pati untuk meningkatkan pengalaman penggunaan.
  • Keberkesanan yang terbukti, kerana ramuan herba yang digunakan secara tradisional telah diuji dan secara saintifik terbukti berkesan.
  • Tiada warna tiruan, perisa, atau pengawet tambahan
  • Kapsul sayuran digunakan, oleh itu produk sesuai untuk vegetarian, serta untuk semua kaum dan agama
  • Dikeluarkan dari pengilang herba yang bereputasi dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pengeluaran produk berasaskan herba. Syarikat ini telah memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan/Drug Control Authority (BPFK/DCA0 untuk Good Manufacturing Practices (GMP).
Jadi, gunalah tanpa was-was! :)

Review Amway Post Natal Care :
So, Aten dah guna Amway Post Natal Care ni dalam masa berpantang Aten. Alhamdulillah semua yang ada dalam set ni sangat berguna untuk Aten. Semburan Penenang Campuran Bunga dan Minyak Urut Halia paling win! Semburan penenang campuran Bunga ni bila pakai, fuhh! Hilang mengantuk terus wehh. Aten pakai semburan penenang ni time berjaga tengah malam bila baby Ammar lapar susu ataupun nak bermain. Minyak Urut Halia pulak Aten suruh confinement lady yang datang urut Aten guna. Wehhh sedap gila bau dia dan bila sapu kat badan memang keluar la angin dalam badan Aten ni. Lagi pulak confinement ni jenis kudrat kuat memang dia urut baik punya sampai Aten rasa lelemak Aten semua pecah bila dia urut guna minyak urut halia ni. Hahahaha.  Pil Herba Lepas Bersalin 1 memang sangat membantu dalam pengeluaran susu badan Aten. Baby Ammar ni memang kuat menyusu, setiap 2 jam mesti kena minum. Campuran Herba Peramping ni bila Aten pakai nampak dah  berkurang stretch mark kat perut Aten. Suka sangat! Overall, Aten sangat berpuas hati dengan Amway Post Natal Care ni. Yang penting selamat digunakan. Mana-mana ibu hamil yang masih mencarik set berpantang, korang kena beli Amway Post Natal Care. Berbaloi-baloi!

Harga Amway Post Natal Care : RM424.50 x 1 set

Untuk maklumat lanjut mengenai Amway Post Natal Care, klik
Contact : 03-7946 2800

Post a Comment

1 Comments