Hilangkan Ruam Susu & Cradle Cap Bayi dengan Pigeon Protective Cream


Hi semuaa!
Harini Aten nak share dengan korang satu produk Pigeon yang best gila!

Pigeon Newborn Pure Series Protective Cream!

Baby dan ruam susu memang takkan dapat dipisahkan. Lagi-lagi yang direct feeding susu dekat baby. Macam kes Aten, Ammar ni jenis yang tak reti dok diam walaupun menyusu. Hahaha. So, pipi dia jadi kasar. Bila picit-picit tak best la kan. Pipi tu kan aset penting baby. Hahaha. Aten pun tergerak hati nak sapu Pigeon Protective Cream ni dekat dia sebab dekat instruction cakap boleh apply dekat muka dia. Mula-mula risau gak kot-kot tak sesuai dengan kulit dia. Aten pun redho je cuba bagi pakai kat muka dia. Dalam masa 2 hari, 2 kali pakai sehari, pipi dia terus jadi lembut wehh. Mama pun perasan pipi Ammar dah tak kasar dah. Sejak lepastu, Aten bagi pakai hari-hari sampai la sekarang ni dah 5 bulan dah dia pun. Dah berapa botol tah Aten beli. Hahaha. Dia punya harga quite reasonable. RM25 je.
Ce tengok kat dahi Ammar tu.
Aten google amende kat dahi Ammar ni. Rupanya Cradle Cap. So, Aten pun pakaikan Pigeon Protective Cream ni dekat cradle cap tu dan lepas beberapa hari hilang weh! Terus rasa lega bila takde yang pelik2 jadi kat Ammar. First time jadi mummy. Memang semuanya blur. Nasib baik ada Google. Banyak benda Aten belajar dari pengalaman orang. Thanks semua! 

Btw, Pigeon Protective Cream ni Aten dengan mama Aten pun pakai kat muka Aten. Hahaha. Dah la wangi lepastu melembutkan kulit muka pulak. Suka suka suka! Hehehe

Korang boleh dapatkan Pigeon Protective Cream ni dekat shopping mall. Aten selalu beli dekat AEON Cheras Selatan dengan Parkson IOI City Mall Putrajaya. Selamat mencuba mummies! :*

0 comment... add one now