Wow! Crunchy Deals Texas Chicken Serendah RM5.50!

Fuhhh!
Lega bila dah bersalin dan habis pantang. Bayangkan berpantang time puasa dan raya, macam-macam makanan dan minuman sedap tak dapat nak makan. Wuwuwuw. Tapi Alhamdulillah habis je pantang berat kembali pada asal macam sebelum pregnant. Hehehe
Haritu jalan-jalan dekat deretan kedai area rumah ternampak promosi Crunchy Deals Texas Chicken. Tengok food semua nampak menarik. 1 makanan dan 1 air. Tengok harga pulak RM5.50 je! Murah gilerrr. Hahaha. Terus ajak adik pergi dinner sana. Aten dinner biasa makan yang ringan2 je. Nak maintain kurus la katanya. Hekhek.
Ni apa yang adik Aten makan. 1pc Chicken. Dia sama-sama hantu ayam macam Aten. Hahaha. Memang favourite dia lepak-lepak makan sini dengan geng dia lepas habis sekolah. Aten ajak dia haritu terus dia kata on tanpa was-was. Hahaha
Ni yang Aten order. Classic Burger. Burger ayam. Just nice portion dia. Memandangkan perut Aten dah mengecik lepas habis pantang, makan burger dan air ni je pun dah kenyang weh. 

Apa yang membuatkan Aten tertarik dengan Texas Chicken ni ialah air dia korang boleh refill sepuluh ribu kali! Hahaha. Dah la ada pelbagai jenis air. Haritu adik Aten ajar minum air sprite campur air oren dekat Texas Chicken. Sedap wehh! Nanti kalau korang pergi, korang cuba campur dua air ni okayy?

Btw, Crunchy Deals Texas Chicken ni ada lagi 2 pilihan iaitu Tender Wrap dengan Porridge. Sape yang lapar tu elok makan porridge dengan air tu. Confirm kenyang. Hehehe. 

Soooo, sape kat sini yang belum try? Serious doh korang kena cuba. Meh Aten belanja. PM tepi k? :p

Sape tak percaya cakap Aten, korang klik socmed dorang bawah ni :

Post a Comment

3 Comments

  1. untung la dapat berat asal balik... nak juga.. tp dia xnak balik la pulak

    ReplyDelete
  2. X penah rasa ayam texas,nak try la...

    ReplyDelete
  3. Ayam Texas ni pun sedap juga :) by the way, betul ke air kat Texas boleh refill sepuluh ribu kali?

    ReplyDelete