Sweetpictures Menawarkan Pakej Fotografi Perkahwinan Murah & Terbaik

Ada sesiapa kat sini yang mencari pakej fotografi perkahwinan yang murah tetapi menawarkan kualiti terbaik tak? Kalau ada, korang kena baca entri ni sampai habis sebab Aten sure mesti korang akan suka dengan pakej yang ditawarkan oleh mereka!

SWEETPICTURES - Im sure ramai yang tahu mengenai syarikat yang menawarkan pakej fotografi perkahwinan murah dan hasilnya sangat membuatkan korang berpuas hati dengan servis mereka.
Haritu Aten berpeluang untuk melawat ofis Sweetpictures yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Dekat je dengan rumah Aten rupanya. Hehehe. In Shaa Allah kalau korang waze, memang akan jumpa terus tempat ni takde sesat-sesat. Hahaha.
Yang membuatkan Sweetpictures berbeza dengan yang lain ialah mereka mempunyai galeri mereka tersendiri di ruangan tengah ofis mereka. Ini adalah kerana ada sesetengah potensi client lebih gemar untuk melihat sendiri hasil fotografi, perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh Sweetpictures. Seperti orang menjual baju, ada pelanggan yang lebih suka mencuba dan ‘merasa’  keras lembutnya kain, barulah mereka mahu membelinya. Ye dak?
Founder Sweetpictures
Rudy Azwan Sairan, 37,  memulakan perniagaan fotografi pada tahun 2004 secara sambilan ketika dia menyambung pengajian di  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam jurusan Reka Bentuk Grafik. Sebaik saja tamat pengajian dia kembali ke Kuala Lumpur dan meneruskan minatnya itu secara serius dari rumah sehinggalah dia membuka syarikatnya sendiri yang diberi nama Sweetpictures pada tahun 2008. Ketika itu dia hanya dibantu adiknya, Luqman Hakim Sairan. Mereka berdua melakukan segala-galanya daripada mengambil gambar dan videografi, sehinggalah proses terakhir, produk itu siap dan diserahkan kepada pelanggan.

Dalam kerancakan mencipta nama dan kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi, mereka juga pernah menghadapi cabaran dan dugaan apabila terdapat jurugambar sambilan yang menipu pelanggan dan secara tidak langsung  mereka turut terkena tempiasnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat Rudy untuk terus maju dan menghasilkan fotografi dan videografi perkahwinan yang berkualiti menggunakan pelbagai teknik terbaru.

"Syarikat kami benar-benar menumpukan perhatian kepada pelanggan selaras teknologi hari ini. Kami perlu sentiasa peka dengan teknik fotografi terkini agar Sweetpictures terus menguasai bidang fotografi, sama ada untuk perkahwinan dan korporat, "katanya.
Suatu ketika dahulu, Sweetpictures terpaksa berkongsi kedai dengan empat syarikat lain kerana kekurangan modal namun dengan sambutan baik diterima daripada pelanggan, mereka mampu mempunyai premis perniagaan sendiri yang lebih besar, sempurna, teratur dan semakin berkembang  di seluruh negara dengan adanya kakitangan syarikat seramai 21 orang yang bekerja di bahagian penjualan dan operasi serta 58 orang jurugambar dan pemvideo terdiri daripada lelaki dan perempuan. Mereka adalah jurugambar dan juru video sambilan dari seluruh negara yang berdaftar dengan Sweetpictures. Penggunaan media sosial tanpa sempadan kini menyenangkan mereka berhubung dan berkomunikasi dengan potensi pelanggan.

Kini, Sweetpictures melangkah setapak lagi dengan memasuki pasaran untuk golongan atasan (VIP), artis dan selebriti. Antara artis yang menggunakan khidmat mereka bagi merakamkan detik indah hari berbahagia mereka ialah Haziq AF, Zahid AF dan Khazim Nor.
Cantik kannnnn? Rasa macam nak kawen balik je hahahhaha

Perkhidmatan Fotografi Perkahwinan dalam talian yang pertama di Malaysia! 
Sweetpictures adalah satu-satunya syarikat fotografi yang menawarkan perkhidmatan dalam talian di negara ini. Pelanggan hanya perlu 'log masuk' di laman web dan mereka boleh melihat gambar-gambar dan perkhidmatan yang disediakan di halaman itu. Yang paling best, pelanggan boleh memilih sendiri fotografi dan teknik fotografi yang mereka mahukan. Biografi setiap fotografer juga dimuat naik dalam laman web. 

Menurut Rudy lagi, fotografer hanya perlu merakamkan sahaja hari bersejarah 'raja hari' dan proses seterusnya akan dilakukan oleh pihak syarikat termasuk penghantaran kepada pelanggan. Terkini, Sweetpictures memperkenalkan digital album.

Kenapa Aten cakap Sweetpictures ada pakej fotografi perkahwinan murah & terbaik? 
Kerana pakej yang ditawarkan bermula dari RM899. Wehh sangat affordable kot! Korang boleh pilih pakej mengikut kehendak korang dan siap boleh pilih fotografer lagitu. Laman web yang mereka buat pun sangat user friendly.

Sweetpictures ada dua cawangan di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Mereka juga mendapat permintaan daripada bakal pengantin di Sabah dan Sarawak.
Ada yang berminat nak join team Sweetpictures?
Mereka turut offer kepada fotografer freelance kat luar sana untuk join Sweetpictures. Korang hanya perlu mendaftar dengan Sweetpictures, mereka perlu melalui beberapa proses kerana dalam menghadapi persaingan kami sangat mengutamakan kualiti dan kepuasan hati pelanggan. Mana tahu rezeki korang murah dengan join Sweetpictures kan? Setiap minggu juga akan diadakan cabaran fotografi antara fotografer. Haaa, sure skill fotografi korang semakin power dan mana tahu menarik hati pelanggan untuk menggunakan servis korang. Jom daftar! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Sweetpictures, follow social media mereka di :

Sweet Studio Sdn Bhd
No. 54-1, Jalan Danau Lumayan 1, 
Danau Lumayan Business Centre, 
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Office : +603 9174 6868 
Hotline No : +6019 888 3176 
E-mail: sales@sweetpictures.com.my

Post a Comment

1 Comments