#PerfectTogehter Ramadan Raya Chef Wan Bersama Mission Foods & Emborg

Semalam Aten berkesempatan untuk join event Ramadan Raya dengan Chef Wan bersama-sama Mission Foods dan Emborg. Walaupun dah sarat mengandung tapi bila ada je Chef Wan, memang Aten terus setuju nak datang sebab suka dengar celoteh dia. Hehehe.

Sempena Ramadan dan Raya yang bakal tiba ni, Mission Foods dan Emborg telah bergabung dalam kempen #PerfectTogether dengan tukang masak terkenal iaitu Chef Wan. Kempen #PerfectTogether menjanjikan kelainan dengan menggabungkan Mission Foods dan Emborg dalam menyediakan juadah dan hidangan yang sangat mudah dan lazat.
Sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, Chef Wan akan berkongsi petua dan berkongsi resipinya bersama-sama dengan produk Mission Foods dan Emborg. Terdapat sejumlah 10 video resipi cepat dan mudah yang boleh kita tonton dan belajar secara dalam talian ketika kita di rumah ataupun on-the-go.
"Berkolaborasi dengan Mission Foods dan Emborg untuk kempen ini adalah satu pengalaman yang sangat memberi inspirasi dan indah sempena Ramadan dan Raya yang akan membawa keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang untuk berkongsi sama ada ketika sahur ataupun berbuka puasa. Gabungan antara Mission Foods dan Emborg adalah benar-benar #perfecttogether , " kata Chef Wan, tukang masak antarabangsa yang terkenal.
Semalam juga Chef Wan turut membuat demonstrasi masakan dengan memasak 3 resepi mudah iaitu  Mutton Murtabak Wraps, Spicy Tuna and Anchovy Pizza dan Coconut & Banana Cheese Wrap Tarts. Senang gilaaaa tengok Chef Wan masak campak-campak gitu je. Memang sesuai dengan title tukang masak antarabangsa terkenal yang telah mempunyai pengalaman lebih dari 27 tahun ni. Memang amazing gila! 
Dalam demo masakan beliau semalam, beliau menunjukkan cara yang terbaik menggunakan kedua-dua produk, termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan. Chef Wan memasak menggunakan gabungan Mission Foods dan Emborg yang mudah dimasak, berkhasiat dan enak menjadikan ianya ideal untuk Ramadan di mana orang cenderung meminimumkan masa yang digunakan untuk memasak.
Kerjasama #perfecttogether antara Mission Foods dan Emborg menggabungkan tekstur dan campuran bahan-bahan yang berkualiti, saling melengkapi antara satu sama lain. Pilihan Mission Foods yang banyak adalah kanvas yang sempurna untuk mencipta segala jenis resepi dari Naan sehinggalah ke Supersoft Wraps dan Crunchy Tortilla Chips. Dengan adanya produk Emborg seperti Cook & Bake, Cheddar Cheese Toppings, Butter and Cooking Cream menambahkan keenakan masakan dibuat," kata Randall Tan, Brand Manager for Mission Food South Asia.
Bercakap mengenai kerjasama itu, Encik Kennet Paulsen Country Manager untuk Emborg berkata, "Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman untuk pengguna menikmati produk kami dan kolaborasi #perfecttogether antara Emborg dan Mission Food adalah sempurna. Pengguna boleh menikmati produk Emborg yang mempunyai kualiti terbaik dan berpasangan dengan produk Mission Foods dalam menghasilkan resipi yang lazat sempena bulan Ramadan dan Hari Raya yang akan datang.
Kempen #PerfectTogether akan bermula pada bulan Mei dan pastinya akan membuka selera makan  korang dengan resipi yang mudah disediakan untuk seisi keluarga. Siri ini akan dipaparkan secara eksklusif di Instagram dan Facebook Mission Foods, Emborg dan Chef Wan untuk semua orang tonton. 
Jangan lupa untuk follow dan mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini di,
Instagram : Chef Wan | Mission Foods | Emborg
Facebook : Mission FoodsEmborg dan Chef Wan

Post a Comment

1 Comments

  1. Chef Wan betul-betul creative. Mempunyai banyak idea utk menyediakan banyak makanan yang menarik dan sedap makan.

    ReplyDelete