Jom Berbuka Puasa di The Everly Putrajaya !

Hi semua!
Salam 6 Ramadan. Cepat je kan masa berlalu. Disebabkan Aten dah tak lama dah nak bersalin, Aten gunakan peluang yang ada untuk makan apa yang Aten nak sebelum kena berpantang nanti. So, salah satu destinasi yang Aten pergi ialah Bufet Berbuka Puasa di The Everly Putrajaya. Ala, yang sebelah Alamanda Shopping Mall tu. Actually Aten pernah stay kat hotel sini and the facilities and services best. Hehehe.
Alahai comel nau Chef Mario ni. Hehehe
Soooo, bufet berbuka puasa The Everly Putrajaya mengambil tema "Rencah, Nusantara: 4 chef, 4 rencah, pelabgai rasa" yang mengetengahkan hidangan istimewa dan popular di empat zon negeri di Malaysia dan memperkenalkan 4 orang chef dengan keistimewaan masakan tersendiri dari empat pelusuk tanah air.
Masuk je dalam hotel ni korang dah boleh nampak ruangan dessert di bahagian tepi lobi The Everly Putrajaya. Fuhh! Ramai orang jugak yang datang sini weh. Aten sampai 6.45 petang macam tu. Semua dah ambik dessert dulu sebab warna warni. Siapa yang tertarik kan. Lagi-lagi time lapar gini. Hahaha. Ohh! Korang kena cuba apam balik crispy. Sangat yumssss!
Chef masak roti jala live depan korang. Dapat makan panas-panas memang terbaik kan :D
Antara menu khas yang ada kat sini adalah Asam Pedas Tetel Tulang Rawan yang merupakan hidangan yang begitu sinonim dengan negeri-negeri di Selatan tanah air; hidangan wajib bagi pantai timur negara kita adalah Ikan Patin Masak Tempoyak & Perut Masak Asam.  Akhir sekali, tidak lengkap jikalau hidangan istimewa dari utara negara kita ini tidak diketengahkan iaitu Mee Kuah Daging
Seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ini The Everly Putrajaya juga menggunakan konsep gerai/warung (live stall action) di mana setiap gerai menghidangkan pelbagai jenis masakan dan juadah. Uniknya gerai yang terdapat di The Everly Putrajaya adalah di mana terdapat gerai yang menghidangkan “sayur campur panas”. Para pengunjung boleh memilih jenis sayuran yang diingini dan akan dimasak oleh chef ‘on the spot’ di depan kita. Wah! 
Pengunjung juga dapat menunaikan ibadah di ruangan solat yang disediakan oleh pihak hotel, yang pastinya lebih selesa dan bersih khas untuk para pengunjung yang datang berbuka puasa di The Everly Putrajaya.
Overall, Aten dan Feeq berpuas hati dapat berbuka puasa di The Everly Putrajaya ni. Warm services and banyak food yang disediakan berbaloi dengan harga buffet berbuka puasa ditawarkan. Kepada korang yang nak datang sini, Aten suggestkan datang awal. Datang 6.30 tu pun okay dah. Ops! Tapi jangan lupa call buat reservation dulu. Kot kot penuh kan. Then bila dah sampai tu boleh buat IG story segala jenis food yang ada kat sana #Ehh . 6.30 tu elok dah korang round-round tengok food yang ada dan ambik terus. Nanti time dah berbuka takde la kena bangun banyak kali kan. Hehehe. Antara food yang laku teruk ialah satay ayam dan daging, kambing golek wajib ambik awal2! Haritu beratur panjang kot. Feeq pun kata sedap kambing golek di The Everly Putrajaya. Lepastu Mee Kuah Daging, kebab dan banyak lagi lah. Senang cerita korang ambik sikit-sikit tapi cuba semua. Baru la berbaloi kan bayar RM98. Hehehe 

Harga Buffet Ramadan @ The Everly Putrajaya :
Tempahan biasa : RM98
Tempahan berkumpulan : Percuma 1 untuk setiap 10 tempahan
Diskaun 50% untuk kanak-kanak 6-12 tahun & warga emas  60 tahun ke atas

Pakej Penginapan RM369 nett
Penginapan 1 malam beserta sahur dan bufet berbuka puasa untuk 2 orang

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet ramadan di The Everly Putrajaya, follow :
For reservation: 03 88922929 

Post a Comment

1 Comments