Buffet Ramadan @ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Aneka hidangan berbuka puasa Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvesyen) untuk syarikat korporat dan orang ramai kembali lagi tahun ini, menjanjikan pengalaman menikmati makanan kegemaran dari seluruh Malaysia! Menu Ramadan tahun ini membawakan aneka sajian tradisional kegemaran ramai dari pelbagai negeri, antaranya termasuklah masakan terkenal seperti sup urat kaki dan tetel (Perlis), nasi dagang tulang rusuk kerutup bakar (Terengganu), udang goreng keriuk0keriuk minyak (Kelantan) dan ayam olek-olek bumbu cekur (Sabah). Pasukan kulinari KLCC telah merantau ke semua pelusuk negara untuk mencari 11 masakan asli kampung yang betul-betul dapat mewakili  negeri-negeri Malaysia.
Selain sajian bufet yang disediakan, orang ramai boleh menikmati makanan kegemaran tempatan dari "Chef Action Stations', yang disediakan atas permintaan, seperti keatiau goreng ala Pulau Pinang dan nasi ayam Hainan. Pelanggan juga boleh menikmati sate ayam dan daging, bubur lambuk dan semua sajian makanan istimewa untuk Hari Raya termasuk rendang tok lengkap denga nasi impit, ketupat dan lemang.
Menu berbuka puasa korporat dan orang ramai juga menawarkan pilihan kontemporari dan antarabangsa untuk pelanggan mencari kelainan. Sajian istimewa untuk mereka termasuk pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun, ikan panggang Tikka, makanan laut BBQ gaya thai dan kambing panggang Harissa Pusat Konvensyen yang terkenal dihidangkan dengan sos dan rempah perasa.
Selain itu, terdapat juga stesen 'Goreng-gorengan' yang menyediakan pisang, cempedak, keladi, dan sukun goreng, keropok lekor dan kudapan goreng yang lain. Mereka yang gemarkan manisan boleh menikmati Ais Batu Campur (ABC) dihidangkan dengan pelbagai tambahan dan aiskrim, bandung cremeux, agar-agar cendol, bubur jagung manis, tapai pulut, kuih-muih tempatan dan banyak lagi
Pusat Konvesyen turut menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat berwuduk dan seorang Imam untuk mengetuai umat Islam menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih membolehkan mereka menunaikan kewajipan mereka sebelum atau selepas berbuka puasa.

Harga Buffet Ramadan @ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
RM145 nett/person
RM125 nett/person untuk group booking 100 pax dan keatas
Meeting with buka puasa RM253 nett/person

Untuk tempahan Buffet Ramadan @ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Contact : 03 2333 2888
Email : info@klccconventioncentre

Post a Comment

1 Comments

  1. Puasa dah akan dimulakan tak lama lagi. Buat masa ni lah utk membuat reservation utk menikmati makanan yang yummi tu.

    ReplyDelete