Artis Popular Meriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2018

Festival Ramadan Putrajaya kembali lagi guys!

Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun ke-6 diadakan Festival Ramadan Putrajaya. Festival Ramadan Putrajaya ini telah diumumkan penganjurannya oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) di Dewan Seri Melati, Kompleks PPj, Presint 3 semalam.
Festival Ramadan Putrajaya ini bermula dari 17 Mei sehingga 14 Jun 2018, dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) . Festival ini diadakan bertujuan untuk menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya.
Festival Ramadan Putrajaya kali ke-6 ini menampilkan kelainan berbanding penganjuran tahun tahun sebelumnya!

Ini adalah kerana festival kali ni akan melibatkan keseluruhan 160 peniaga dan penglibatan seramai 30 barisan selebriti popular termasuk Erra Fazira, Ella, Kaka Azraff, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Ramlah Ram, Fasha Sandha dan ramai lagi yang membuka gerai jualan produk mereka. Selain itu, festival ini turut menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan setiap minggu di bulan Ramadan dan persembahan 'busking' oleh artis popular masa kini. Festival ini mensasarkan 1 juta orang pengunjung.

RM150,000 TUNAI UNTUK DIBERIKAN KEPADA PENGUNJUNG!
Korang hanya perlu memuat turun aplikasi BOOST dan korang akan mendapat RM10 percuma di dalam aplikasi tersebut. Korang hanya perlu topup Boost Wallet korang dan hanya scan dan bayar. Mudah kan?

Selain itu, terdapat lebih dari 300 gerai yang menjual juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Putrajaya bermula dari 4.00 petang hingga 8.00 malam. Terdapat jugak 12 buah gerai dan 14 unit food truck yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa dari jam 4.00 petang hinggan 12.00 tengah malam. Yang paling best, korang boleh berbuka puasa dan moreh di Laman Iftar yang berkonsepkan  outdoor cafe di Kompleks PPj :D

PPj turut bekerjasama dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) untuk program keagamaam dan kerohanian seperti Solat Terawih bersama Imam dari Mesir, bayaran zakat fitrah 'drive thru' dan ceramah agama pada setiap hujung minggu di bulan Ramadan dari jam 6 hinggan 7 petang di MTMZA.
Borang Bazar Ramadan Putrajaya 2018 boleh dimuat turun dari laman web Perbadanan Putrajaya (www.ppj.gov.my) atau datang ke Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan PPj
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 03-88877231/7611/7657

Untuk maklumat lanjut mengenai Festival Ramadan Putrajaya 2018,
Contact : 017-3031 953 (Izainil) dan 017-8892909 (Ashraf)

Post a Comment

0 Comments