Natasha by dr. Fredi Setyawan

Korang pernah dengar brand Natasha by dr. Fredi Setyawan ?
Aten pun baru je tau pasal brand ni bila Aten berpeluang ke Meet & Greet Skin Care Workshop yang dorang buat baru-baru ni. Memandangkan Aten takde buat apa dan dekat dengan rumah Aten, so Aten datang la join workshop ni untuk menambahkan ilmu penjagaan muka Aten. Yelaa, dah ada suami ni kena lah jaga muka lelebih sikit kan. Hehehe

Natasha by dr. Fredi Setyawan adalah salah satu jenama terkemuka Indonesia untuk penjagaan kulit, dengan hampir 100 kedai yang dibuka di semua bandar utama. Kira dah popular lah jenama di Indonesia. Dr. Fredi Setyawan banyak pergi ke seminar kecantikan antarabangsa dan kemudiannya membangunkan produk kecantikannya yang pertama, dengan tumpuan yang sesuai untuk kulit penduduk di rantau Asia Tenggara. Selepas menyambut baik penjagaan kulit muka dari rakan-rakan isteri beliau, Dr. Fredi kemudian memutuskan untuk membuka outlet Natasha yang pertama di Ponorogo, Jawa Timur untuk mengisi niche ini. 'Natasha' diambil selepas nama anak kedua mereka dan akhirnya pada tahun 2017, Natasha by dr. Fredi Setyawan memasuki pasaran Malaysia dan semakin dikenali di sini.

Antara produk Natasha by dr. Fredi Setyawan : 
Lipstick Natasha by dr. Fredi Setyawan
 Eye care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Body Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Hair Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Skin Care Natasha by dr. Fredi Setyawan
Set penjagaan kulit untuk lelaki ada jugak tau!

Selain daripada menjual produk penjagaan kulit, Natasha by dr. Fredi Setyawan turut menyediakan servis facial dan spa treatment untuk mereka yang berminat. Harganya sangat berpatutan dengan servis yang disediakan.  Sambil buat facial dan spa tu boleh juga kita merehatkan minda tenangkan fikiran. To be honest, Aten sangat suka environment di Natasha by dr. Fredi Setyawan. Sangat menenangkan dan staff yang melayan kita pun sangat baik dan peramah. Professional gitu. Hehehe. 
Masa Aten datang tu, staff Natasha by dr. Fredi Setyawan menunjukkan demo dan cara yang betul untuk kita jaga muka kita. Sangat mudah untuk digunakan produk dari Natasha by dr. Fredi Setyawan. Kalau macam kita taktau nak guna ke apa, staff dorang boleh ajarkan cara nak guna. Just jangan malu nak tanya. Malu tanya sesat jalan ye dak?
Korang juga boleh daftar menjadi ahli Natasha by dr. Fredi Setyawan. Banyak benefit yang korang boleh dapat tau :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Natasha by dr. Fredi Setyawan, klik
Address : 
No. 96 Jalan Maarof, Bangsar, 59000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Contact03-2201 9922
Operation hours : 10am - 8pm

Post a Comment

0 Comments