Bmama Maternity Review

Bmama Maternity Review
Korang pernah dengar pasal kedai Bmama Maternity?
Aten tau pasal kedai ni pun melalui kawan blogger Aten yang juga dulu pernah hamil. Hehehe. Memandangkan Aten dah masuk trimester ketiga hamil, family dan kawan2 Aten pun dah suruh Aten beli barang keperluan untuk lepas bersalin nanti iaitu Nursing Bra. Senang nanti nak menyusu #LittleFF nanti. Aten pun nak beli legging untuk Aten buat yoga pregnancy sebab doktor Aten suruh suggest buat untuk memudahkan bersalin Aten nanti
Bmama Maternity merupakan kedai one stop centre dimana mereka menjual keperluan penyediaan kepada bakal ibu dari semua peringkat kehamilan dan terdapat pelbagai jenama untuk memberikan penjagaan terbaik kepada semua bakal ibu. Bmama juga merupakan pengedar tunggal untuk jenama bersalin Jepun yang telah memenangi anugerah iaitu INUJIRUSHI.

Sekarang ni, Bmama terus memperluaskan jenama mereka di seluruh Malaysia. Korang juga boleh menemui produk dari Bmama di rumah-rumah / pusat pengasingan dan juga kedai-kedai bersalin.

Bilik pameran utama Bmama Maternity terletak di Bandar Menjalara, Kepong. Buat masa ni, Bmama Maternity mempunyai 2 outlet yang boleh korang lawati iaitu :
  • AEON Bandar Utama (Level 1) - Maternity Section
  • Elebe Maternity - Melawati Mall
Pregnancy Support Belt (RM73)
  • Reka bentuk ergonomik, sesuai untuk kehamilan & pakai selepas bersalin
  • Melegakan bahagian bawah badan, sakit sendi dan sakit otot dengan menyokong pertambahan berat badan
  • Menggalakkan postur yang betul semasa hamil dan juga selepas hamil
  • Mengangkat & mengetatkan organ dalaman dan rahim
  • Tali boleh laras mengikut bentuk badan masing-masing
  •  Sewn - in steel boning di belakang belt untuk sokongan yang lebih kuat
Sepanjang Aten 8 bulan hamil ni, berat Aten naik 13kg dari berat badan asal Aten sebab Aten craving nak makan macam-macam. Alahan tak teruk. Bila nampak makanan yang manis, rasa nak makan semua. Sedar tak sedar dah 13kg naik. Jadi, dengan pertambahan berat badan Aten dan perut yang semakin membesar kedepan membuatkan belakang Aten sakit bila duduk lama sangat, berdiri lama sangat dan berjalan lama sangat. Bukan apa, bila time kerja memang tak boleh elak kena berdiri lama, duduk lama walaupun hamil. Kena gagahkan diri jugak. Hukhuk. Bila Aten datang ke Bmama Maternity ni, staff dorang suggest untuk Aten beli pregnancy support belt untuk menyokong berat Aten. Cara nak pakai senang gilerr! Siap boleh adjust belt dia mengikut keselesaan kita. Masuk je trimester ketiga ni, Aten  tak pernah miss pakai setiap hari. Ni pun Aten tengah pakai belt ni sambil taip entri ni. Hehehe.
Maternity Legging
Box set : RM78 (3 pairs)

  • Free size, jenis kain cotton yang super stretchable dengan tali pinggang boleh laras mengikut saiz perut
  • Terletak sempurna di pinggang (high waisted)
  • Sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju terutama baju oversized untuk kelihatan bergaya
  • Bertindak sebagai inner-wear leg warmer pada waktu malam yang sejuk
  • Masih boleh digunakan walaupun selepas melahirkan
Antara maternity wear yang wajib ada untuk setiap ibu hamil ! Legging kan terkenal dengan ciri-ciri yang mudah diregang mengikut bentuk badan kita. Selesa gilaaaaaa Aten pakai legging ni ! Lagi-lagi bila Aten buat pregnancy yoga untuk memudahkan bersalin nanti. Sebelum ni Aten beli legging yang murah, pakai 2 3 kali je dah koyak. Terus rasa down taknak buat exercise dah. Hahha. Tapi bila Aten pakai Maternity legging dari Bmama ni , stretch cemana pun legging ni tak koyak wehh. Makin semangat seorang Aten buat yoga pregnancy setiap hari. Mahal sikit takpe yang penting, Aten boleh guna walaupun dah bersalin nanti.
Premium Nursing Bra - BR104 (RM129)
  • Laras tali lebar yang boleh diselaraskan untuk memberikan sokongan keseluruhan mencegah sakit bahu
  • 2-way feeding: front opening & clasp
  • Elastik di bawah jalur
  • 4 back hooks & eyelets for better hold and comfort
  • Pembukaan depan bersilang
  • Privacy band inside cup
  • Padding payudara berstruktur lembut, mudah untuk bergolek ke bawah semasa suapan bayi
  • Pad payudara yang luas untuk liputan cawan penuh
  • Padding lapisan depan kalis air sintetik menghalang susu yang bocor daripada pakaian 
  • Non-wired push up bra
  • Wide wing band to support breasts
  • 3 panel boning fleksibel yang kukuh untuk jahitan sampingan untuk menghalang payudara daripada kendur

Premium Nursing Bra - BR100 (RM129)
  • Breast pump friendly bra design
  •  2-way feeding: front buckle & clasp
  • Full cup coverage
  • 4 back hook & eyelets untuk keselesaan
  • Wide wing band untuk menyokong keseluruhan payudara
  • Wing band diperbuat dari struktur lembut, selesa dan sesuai untuk payudara sensitif
  • Lapisan depan lapisan satin melambatkan susu yang bocor daripada terkena pakaian
  • Padding payudara lembut berstruktur, untuk sokongan payudara yang betul dan mudah untuk bergolek ke bawah semasa suapan bayi
  • Laras tali lebar yang boleh diselaraskan untuk memberikan sokongan keseluruhan mencegah sakit bahu
  • 3 panel boning fleksibel yang kukuh untuk jahitan sampingan untuk menghalang payudara dari mengendur ke sisi tepi
  • Elastik di bawah jalur
  • Memberi tolakan semula jadi tanpa underwire (tiada wayar) - natural push up
Overall, Aten sangat berpuas hati dengan produk yang disediakan di Bmama Maternity. Masuk je kedai ni sumpah Aten rambang mata. Rasa macam semua perlu bila dah hamil ni. Hahaha. Nasib baik ada staff yang sangat mesra yang menolong Aten beli apa yang patut semasa di trimester ketiga ni. Banyak pilihan yang boleh dipilih dan cantik ! Dari segi harga pulak bagi Aten sangat berpatutan dengan kualiti yang disediakan. Semuanya lengkap untuk ibu hamil :D

SPECIAL ONLINE CODE!
Kepada ibu-ibu yang takde masa nak datang kesini, korang boleh online shopping jugak tau. Sangat mesra pengguna website Bmama (www.bmama.com.my). Korang boleh dapatkan 20% off dengan menggunakan code [BMAMAFATIN] . Valid sampai 31 December 2018. Free shipping kalau korang shopping lebih dari RM180 (EM) dan RM150 (WM). Selamat bershopping mummiess!

GIVEAWAY CONTEST!
Aten nak bagi buku voucher kat korang yang hamil ataupun yang bakal hamil, voucher ni boleh jimatkan duit korang. Senang je nak dapatkan buku voucher ni :

  1. LIKE FB page Bmama Maternity : https://www.facebook.com/bmama.maternity/
  2. Like FB page Aten : https://www.facebook.com/ceriterafatinbella/
  3. Then PM Aten bila korang dah buat no 1 dan no 2 ni :D
Contest berakhir 25 April 2018 ni tau. Goodluck korang!

Untuk maklumat lanjut mengenai Bmama,
Facebook | Website | Instagram
Address :
34G, Jalan Medan Putra 4, Medan Putra Bussiness Centre, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Operation hour : 9AM-6PM
Contact : 03-6261 2332

2 comments.. read them below or add one

Baju spot Baju spot 10 April, 2018
Semua pakaian ni nampak cantik dan berkualiti baik. Amat sesuai utk semua yang dan nak jadi ibu utk beli dan pakai.
Jueliza Jamani Jueliza Jamani 11 April, 2018
time lepas bersalin bra menyusu palingggg penting hehehe..