#AJL32 | Keputusan Penuh AJL32

Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu buat kali ke 32 pada bulan 11 Februari. Bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL 32 kali ini membawakan tema “Fesyen dan Muzik” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.

Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.

Juara AJL 32 - Hael Husaini - Jampi
RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat ke-2 AJL 32 : Sejati - Azmi Caliph Buskers
RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat ke-3 AJL 32 : Haqiem Rusli - Tergantung Sepi
RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Anugerah Vokal Terbaik AJL 32 : Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta
RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Anugerah Persembahan Terbaik AJL 32 : Altimet - Amboi
RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung : Khai Bahar
Trofi & telefon pintar Samsung A8+

Tahniah semua! Semoga tak jemu memeriahkan industri muzik tanahair :D

2 comments.. read them below or add one

Ainun Kalisah Ainun Kalisah 20 February, 2018
Tahniah semua yg berjaya mahupun tidak.
xplorasi destinasi xplorasi destinasi 01 March, 2018
Vokal terbaik sekali dua orang dapat ye...