Nilai Kini Lebih Seronok Dilawati dan Didiami

Apa perkara pertama terlintas kat fikiran korang bila Aten cakap Nilai?
Perkara pertama terlintas kat fikiran Aten ialah Nilai ni tempat membeli belah ibu-ibu. Nilai kan terkenal dengan peralatan hiasan dalaman rumah. Macam langsir dan karpet. Dulu masa kecik-kecik, Aten paling tak suka bila ikut Mama pergi Nilai sebab panas dan lama. Yela, banyak kedai pelbagai pilihan rambang mata rasa macam nak masuk semua kedai dan dapatkan tawaran yang hebat dan jimat. Betul tak? Hehehe
Mesamall | Nilai No 1 Lifestyle Mall 
Korang tahu mengenai Mesamall? Kompleks membeli belah yang mengikut gaya hidup terkini di Nilai. Aten pun baru je tahu pasal Mesamall ni. First impression Aten ialah 'WOW' . Nak tau kenapa Aten cakap WOW? Tengok bawah ni,
MesaMall Lifestyle Mall adalah hab gaya bandar pertama yang terletak di tengah-tengah Nilai. Apa yang menarik perhatian Aten ialah reka bentuk Mesamall yang bercirikan futuristik dan sangat berbeza dengan bangunan lain di Nilai.

Mesamall dimiliki dan dikendalikan oleh Green Target Group, merupakan pusat membeli-belah sama seperti yang terdapat di bandar-bandar , dengan pavilion 2 tingkat yang terdiri daripada fesyen, teknologi, kesihatan dan kecantikan, restoran dan hiburan.

Kedai-kedai yang ditawarkan di MesaMall sangat menarik dan sesuai dengan gaya hidup terkini dan mengikut trend semasa yang sesuai untuk semua orang. MesaMall mempunyai zon hiburan yang mengagumkan dengan pawagam digital multi-skrin pertama, karaoke dan bowling. Tempat yang menarik untuk dilawati bersama keluarga dan rakan-rakan. 
Semalam Aten berpeluang untuk menyaksikan majlis menandatangani antara Green Target Group memeterai perjanjian Bersama dengan Best Western. Kepada mereka yang mahukan ketenangan dan jauh dari kesibukan bandar, korang dah boleh merancang untuk tinggal di Nilai kerana Best Western MesaHotel dan Mesahill Premier bakal di buka di Mesahill, Nilai! 
Green Target Group dan Best Western Hotels & Resort telah mengumumkan secara rasmi kerjasama dan menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak bagi pembinaan Best Western MesaHotel dan MesaHill Premier yang bakal dibangunkan di Mesahill Nilai, Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan. 
Dua menara Mesahill Premier, pembangunan yang berterusan sepenuhnya yang mempunyai semua yang kita perlukan untuk hidup, bekerja dan bermain. Mesahill Premier bakal dibina mengandungi unit-unit kediaman premium yang dilengkapi jambatan penghubung dengan kompleks membeli belah MesaMall. 

Mesahill Premier ini dilengkapi dengan : 
  • Rooftop Skylounge & SkyWalk Offering 360 degree bird eye view
  • State-of-the-art Elevated Gym over a crystalline pool
  • 30m long infinity pool
  • Poolside resting gazebo & BBQ area
  • Beautifully manicures landscaping
  • Direct link bridge to MesaMall & Mesa Hotel with private card access features

Mesahill Premier ni boleh dikatakan strategik kerana :
  • 15KM dari KLIA / KLIA2, Sepang International F1 Circuit, Mitsui Outlet Park, Putrajaya dan Cyberjaya
  • 10KM dari Nilai 3 Industrial Park, TechPark @ Bandar Enstek, Xiamen University dan ADMAL Aviation College
  • 5KM dari Manipal College, Nilai University, USIM, INTI University
  • 25KM dari Kuala Lumpur
Best Western MesaHotel dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2020 ini dilengkapi dengan 206 buah bilik, dewan banquet dan bilik seminar. Ianya menampilkan ciri-ciri bangunan terkini dan turut dilengkapi Rooftop Sky Lounge dan Sky Walk.
Projek ini memberi peluang kepada Mesahill untuk menyokong perkembangan pelbagai industri yang giat membangun seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, institusi pendidikan serta perdagangan tempatan seterusnya memberi impak yang cukup besar kepada sosio ekonomi Nilai dan kawasan sekitarnya. Selain itu, projek ini membolehkan pembangunan berterusan dan mewujudkan pelbagai manfaat kepada para pelabur dan memenuhi keperluan penduduk di Nilai.
"Kami mengukuhkan jenama syarikat dengan meneruskan pembangunan MesaHill seperti dirancang. Menerusinya, kami berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran perbandaran sekitar Nilai, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Green Target Group, Datuk Tan Hong Lai. Ini selaras dengan visi beliau yang bercita-cita menghidupkan landskap daerah Nilai secara menyeluruh sekaligus meningkatkan industri pelancongan di kawasan sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mesahill Premier dan Best Western MesaHotel, klik :

Post a Comment

0 Comments