Miliki Kulit yang Kekal Sihat dengan Nutox Renewing Treatment

Tanyalah mana-mana wanita akan matlamat utama mereka untuk kulit. Jawapan mereka sudah pasti kulit yang cantik berseri dan sentiasa nampak muda. Betul tak? Korang pun mesti macam tu kan?

Kajian pengguan mendapati wanita Malaysia mahukan kulit yang kelihatan cantik secara semulajadi yang boleh ditakrifkan sebagai kulit tampil berseri dan segar, dan fenomena ini bukan sahaja di Malaysia! Malah Korean hingga ke Jepun mahupun negara China. wanita Asia sentiasa mencari kaedah untuk mendapatkan seri wajah semulajadi tanpa menggunakan produk makeup.

Apabila umur kita meningkat, tanda-tanda seperti kekusaman, kedut dan kehilangan keanjalan mula kelihatan. Ia disebabkan oleh pengurangan keupayaan untuk memperbaharui kulit secara semulajadi. Oleh itu, kita perlu membantu kulit untuk memperbaharui semula secara lembut tetapi berkesan.

Kini kita semua boleh memilik dan mengagumi kulit kita dengan rangkaian penjagaan kulit Renewing Treatment daripada Nutox

Produk penjagaan kulit Nutox Renewing Treatment menampilkan teknologi proprietari yang dikenal sebagai LumiNes, menggabungkan dua ramuan utama - Lumiskin dan Actistem Gold Nest - untuk hasil yang kelihatan berseri dari dalam yang diingini oleh wanita. LumiNes mengaktifkan sel dasar kulit yang tidak aktif dan meningkatkan tekstur kulit agar kulit lebih berseri secara semula jadi apabila digunakan secara kerap.

Rangkaian Nutox Renewing Treatment terdiri daripada 3 produk : Renewing Treatment Lotion, Renewing Treatment Essence dan Renewing Treatment Cream

Nutox Renewing Treatment Lotion (150ml. RM59.90)
Berikan tenaga baru kepada kulit anda dengan losyen yang lembut tetapi penuh dengan kebaikan ini direka khas untuk menyediakan kulit bagi menerima kebaikan daripada Renewing Treatment Essence dan Cream sepenuhnya. Mengandungi LumiNes, toner ini melicinkan dan menanggalkan bendasing untuk kesan yang lebih berseri. Losyen ini turut menggantikan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Lotion : Selepas pembersihan, letakkan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan leher.

Nutox Renewing Treatment Essence (30ml, RM75.90)
Serlahkan keserian semulajadi kulit anda dengan esen lembut yang dirumus dengan teknologi proprietari LumiNes miliki Nutox. Esen yang melembap jauh ke dalam kulit ini membantu melindungi kulit dari kekusaman kulit akibat kerosakan UV dan pencemaran, selain mempercepatkan kitaran pembaharuan permukaan kulit untuk seri wajah yang berkekalan.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Essence : Pamkan sebanyak 2 hingga 3 kali pada hujung jari dan sapu rata pada muka dan leher menggunakan pergerakan arah ke atas.

Nutox Renewing Treatment Cream (30ml, RM49.90)
Manjakan kulit anda hari ini agar anda kekal cantik untuk hari-hari yang akan datang. Dirumuskan dengan LumiNes, Renewing Treatment Cream menyediakan kebaikan jauh ke dalam kulit untuk memulihkan, menyegarkan dan memperbaharui penampilan kulit. Tekstur yang tidak melekit ini diserap pantas bagi memberikan kemasan semulajadi.
Penggunaan Nutox Renewing Treatment Cream : Urutkan produk sebesar butir kacang pada kulit menggunakan pergerakan bulatan arah ke atas sehingga ia diserap sepenuhnya.
Jom cuba dan cantik macam Fazura! :D

Post a Comment

0 Comments