Frisomum Gold Diperbaharui Baik untuk Ibu Mengandung


Haritu Aten berkesempatan untuk ke pelancaran Frisomum Gold dengan rumusan terbaru mereka. Seperti kita tahu, Frisomum Gold adalah 100% susu untuk Ibu dari Holland. Terkini, mereka memperkenalkan formulasi yang diperbaharui dengan DualCare untuk menyokong pengambilan nutrisi ibu dan si kecil dengan lebih baik
Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) berkata syarikat tersebut terus meningkatkan resipi produknya dan mencipta penawaran produk baru yang mmberikan nilai yag baik kepada pengguna sejajar dengan objektif korporat syarikat induknya iaitu 'Nourishing by Nature' - komited untuk menyediakan nutrisi yang lebih baik untuk pengguna-pengguna di seluruh dunia.
Frisomum Gold adalah sebahagian daripada keluarga Friso Gold, salah satu jenama susu tepung rumusan yang paling pesat berkembang di Asia dalam 3 tahun yang lalu. Jenama ini percaya bahawa sains perlu bergabung secara harmoni dengan alam semula jadi untuk memberi pengguna nutrisi semulajadi yang berkualiti. Prinsip ini diterapkan pada setiap langkah kerja mereka dalam memanfaatkan nutrien semulajadi.

Frisomum Gold baharu denga DualCare membekalkan ibu-ibu hamil dengan nutrien-nutrien penting supaya selesa waktu hamil. Nutrisi ini juga memastikan ibu-ibu kekal bertenaga sambil membantu menyokong kesihatan penghadaman dan memorinya.

Formulasi yang diperbaharui juga diuji secara klinikal terbukti rendah dalam Indeks Glycemic (GI), yang membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat. Ini adalah kerana makanan GI yang rendah boleh dihadam, diserap dan metabolisme dengan lebih perlahan. 

Frismomum Gold terbaru ni membekalkan nutrien-nutrien utama seperti asid folik dan iodin yang penting untuk menghasilkan sel darah merah dan perkembangan sistem otak dan saraf. Ia juga diperkayakan dengan nutrien lain seperti Vitamin B12, Vitamin D, DHA dan Kalsium
Frisomum Gold terbaru ini boleh didapati dalam perisa vanila madu, memberikan rasa yang ringan, menjadikannya snek yang lazat dan sihat yang hanya 150kcal apabila rasa lapar. Korang hanya perlu tambah 180ml air dengan 4 sudu tepung susu untuk memberikan nutrisi kepada ibu hamil yang diperlukan untuk mereka dan si kecil dalam kandungan.

Frisomum Gold dengan DualCare kini boleh didapati di kedai-kedai utama di seluruh negara. Maklumat lanjut tentang rumusan yang diperbaharui ini, boleh didapati di laman web www.frisogold.com.my

0 comment... add one now