Fakta Menarik Tentang Ibu Mengandung

Korang tau tak bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?
Antara perubahan yang paling ketara bagi seseorang wanita hamil adalah peningkatan berat badan, yang disebabkan oleh  peningkatan dalam jumlah cecair badan untuk melindungi bayi dalam kandungannya. Bagi seorang wanita dengan berat badan yang sihat, berat badannya akan meningkat secara purata antara 11.5kg hingga 16 kg sewaktu hamil1. Selain daripada berat janin, peningkatan berat badan ibu hamil juga disebabkan oleh  peningkatan jumlah darah sebanyak kira-kira 30% hingga 50% atau 1.5 hingga 2 liter untuk membekalkan oksigen dan nutrien kepada janin yang sedang membesar2.

Dengan peningkatan jumlah darah ini, jantung ibu perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini menyebabkan degupan jantung ibu hamil meningkat sebanyak 10 hingga 20 degupan seminit walaupun semasa berehat2. Ibu hamil juga memerlukan anggaran 20% lebih oksigen untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan3. Kadar pernafasan ibu juga turut meningkat.
Bayi dalam kandungan membesar pada kadar yang sangat pantas. Pada minggu keempat, anak yang sedang membesar  daripada sekelompok sel kepada  embrio sebesar benih kaskas – di mana ia adalah 10,000 kali lebih besar daripada saiz pada waktu mula-mula hamil (konsepsi)4. Pada masa yang sama, 3 bahagian otak utama akan terbentuk5.
Pada minggu ke-6 hingga ke-7, jantungnya sudah mula berdegup dengan kadar denyutan yang tetap6, dua kali lebih pantas  berbanding orang dewasa7. Bukan itu sahaja, deria sentuhannya sudah mula terbentuk  pada minggu ke-lapan8.

Pada minggu ke-10, wajah anak mula menjadi lebih ketara6 dan mempunyai ekspresi muka yang berlainan dan mungkin tersenyum pada minggu9 yang berikutnya.  Pada minggu 26, corak cap jari anak yang unik akan terbentuk6. Kira-kira pada bulan ke-4 hingga bulan ke-5, si manja dalam kandungan sudah berupaya  mengepam lebih daripada 28 liter darah sehari9

Rujukan

* Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih didefinasikan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah piawaian CODEX 212-1999 dan CAC/GL231997. CODEX mewujudkan dan meyelaraskan garis panduan dan kod amalan piawaia makanan antarabangsa. Di bawah Akta Pemakanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa dan Madu didefinasikan sebagai bahan pemanis. Under Australia New Zealand Food Standard Code-Standard 1.1.2, Glucose Syrup, Maltodextrin and similar products are defined as ’sugars. Menuju kepada Anmum Materna biasa.
^Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia, 1997.

1.       1.  IOM. (2009). Weight gain during pregnancy.
2.       2. Brown HL. (2017). Physical changes during pregnancy. Retrieved from: http://www.merckmanuals.com/home/women-s-health-issues/normal-pregnancy/physical-changes-during-pregnancy  
3.      3.  Harding M. (2016). Physiological changes in pregnancy. Patient. Retrieved from: https://patient.info/doctor/physiological-changes-in-pregnancy  
4.       4. Sutter Health CPMC. (2014). Fetal development. Retrieved from: http://www.cpmc.org/services/pregnancy/information/fetal_development.html
5.      5.  Hill, M.A. (2017). Embryology. Timeline human development. Retrieved from: https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Timeline_human_development
6.     6   MedlinePlus. (2015). Fetal development. Retrieved from: https://medlineplus.gov/ency/article/002398.htm
7.     7   Steinburg et al. (2013). What is the “normal” fetal heart rate? PeerJ 1:e82; DOI 10.7717/peerj.82
8.      8  Neuroscience for Kids. (2015). Brain development. Retrieved from: https://faculty.washington.edu/chudler/dev.html
9.    9    Society for the Protection of Unborn Children (SPUC). (2014). Pregnancy explained – complete guide to the development of your unborn child.

1 comment... add one now

Diana Rashid Diana Rashid 16 January, 2018
Nice sharing..Jaga diri baik2..:)