Dressing Paula Lancarkan Kedai Utama Pertama di Pavilion, KL

Dressing Paula, sebuah label fesyen terkemuka tempatan yang memenuhi segenap cita rasa gaya wanita Malaysia sejak tahun 2010, melancarkan kedai utama pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur (KL) . Dengan rekaan dalaman yang sofistikated dan moden, kedai utama tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan pengalaman beli belah pelanggan sementara memberi kepuasan gaya kepada wanita bandar zaman ini.

Sebagai perintis label fesyen tempatan, Dressing Paula telah memperluaskan kehadirannya menerusi pembukaan 14 buah butik di seluruh negara dan memperkenalkan kedai utama mereka di Pavilion. Dipacu oleh semangat untuk menghasilkan gaya yang anggun, Dressing Paula telah meraih reputasi untuk menghasilkan pakaian berpotongan signature dengan kelainan bagi wanita yang mencari penampilan kontemporari tetapi masih praktikal pada harga yang mampu milik.
Bersempena pelancaran butik terbaru label fesyen berkenaan, Pengasas Bersama Lean in Malaysia, Sarah Chen, telah mengendalikan sebuah dialog menarik dengan Pengarah Kreatif Jenama Dressing Paula, Kay Chow; pelakon Sarah Lian dan usahawan Raeesa Sya tentang bagaimana wanita boleh mendidik dan membantu satu sama lain dalam dunia hari ini.

Dipaparkan bersama konsep baru dan pameran fotografi berkenaan ialah koleksi terbaru Dressing Paula yang menampilkan rekaan-rekaan moden, fabrik halus dan warna-warna berani - kesemuanya berpadanan dengan potongan klasik. Koleksi yang dipilih rapi itu merangkumi rekaan bergaya chic dan siluet sehingga yang berani, seterusnya menjadikannya sesuai digayakan dari pagi ke malam dan bersesuaian dengan kebanyakan wanita.

Kedai utama baru Dressing Paula meliputi keluasan ruang lebih 1,700 kaki persegi dengan rekaan dalaman yang ringkas dan bersih seiring dengan arah baru jenama tersebut yang berhasrat untuk meningkatkan pengalaman membeli belah pelanggan. Harga bagi koleksi Dressing Paula bermula dari RM89.90. Pelanggan bileh mendapatkan rangkaian tersebut di mana-mana 14 butiknya di seluruh negara.
Dressing Paula Pavilion
Pavilion KL
Lot 05-14, Aras 5
Operation hour : 10am-10pm (Isnin-Ahad)

Post a Comment

0 Comments