Anmum Materna Jenama Pertama Memperkenalkan Rumusan Tanpa Gula Tambahan*, Rendah Lemak dan Probiotik DR10™

Tahukah anda bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi   ibu hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah yang lengkap serta anggota-anggota lain  yang berfungsi semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?

Menyedari bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang  dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan yang begitu mengagumkan semasa kehamilan ini.

Dalam upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan  nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari; dan Probiotik DR10™, sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu meningkatkan kesihatan usus yang baik. .

Penyerapan nutrien yang baik penting untuk wanita hamil untuk menyokong perubahan yang mengagumkan yang dialami oleh si manja dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang sihat bagi membantu penyerapan nutrien yang baik. ,Cheah menjelaskan.

Cheah menambah bahawa berat badan yang berlebihan sewaktu hamil juga merupakan salah satu kebimbangan di kalangan ramai wanita hamil. Berat badan berlebihan juga merupakan  salah satu faktor risiko bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Justeru itu, ramai wanita hamil akan menjaga pemakanan mereka, terutamanya dalam segi pengambilan gula. Anmum Materna baharu dirumus tanpa gula tambahan*, rendah lemak dan antara jenama susu pra-natal yang mempunyai kalori terendah dalam setiap hidangan.

Sebagai peneraju pasaran dalam segmen susu pra-natal, Anmum Materna bangga menjadi jenama pertama yang melancarkan rumusan Tanpa Gula Tambahan* (untuk perisa biasa) dan Rendah Lemak serta manfaat tambahan dengan 100%^ kandungan Folat dan Kalsium serta Probiotik DR10™ dalam menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin,tambahnya lagi. 
Ibu yang sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada.
Aktres dan hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat badan sewaktu hamil.

Saya rasa gementar ketika hamil. . Saya mahu memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si manja dalam kandungan dan juga diri saya. Ada kalanya sukar untuk mendapat hidangan yang berkhasiat disebabkan jadual kerja yang sibuk. Sebagai selebriti, saya perlu mengekalkan imej badan dan kesihatan fizikal yang baik.

“Dengan adanya rumusan baharu, saya cuma perlu menambah dua gelas Anmum Materna dalam pemakanan harian saya, untuk saya mendapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi saya! Susu ini juga enak rasanya. Saya juga suka dengan rumusan Tanpa Gula Tambahan + Rendah Lemak ini membolehkan saya menjaga dan mengawal pengambilan tahap gula dengan senang supaya penampilan saya sebagai seorang ibu tetap menarik!kata Jihan sambil ketawa.

Ng Kar Yoon, seorang hos radio serta selebriti, juga merupakan peminat pek stik serba-mudah Anmum Materna.

Kehamilan tidak menghalang saya untuk kekal aktif Saya masih sibuk dengan jadual harian saya serta masih aktif dalam perjalanan. Saya cuma pastikan saya sentiasa ada sekurang-kurangnya dua pek stik Anmum Materna dan satu bekas berisi air di dalam beg tangan untuk memperoleh nutrien yang penting di mana-mana dan pada bila-bila masa supaya si manja saya turut membesar ketika ibunya sedang sibuk bekerja!   
Anmum Materna boleh didapati dalam pek serba mudah yang mengandungi tujuh stik pek bersaiz 36g (perisa biasa) dan 42g (perisa coklat). Setiap pek dijual pada harga RM19.90. Selain daripada pembungkusan stik pek baharu tersebut, jenama ini juga boleh didapati dalam format kotak dalam perisa  biasa dan coklat, saiz 650g pada harga RM42.00.

Dapatkan Anmum Materna baharu dengan formula yang dipertingkatkan di Lazada sekarang dengan diskaun 15% (gunakan kod N15MUM) yang ditambah atas diskaun yang sedia ada. Promosi berakhir 31 Januari 2018.

Susu formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di pasaraya terkemuka  di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk lain, sila layari www.anmum.com.my.

Post a Comment

0 Comments