Tahukah
anda bahawa kehamilan merupakan satu perjalanan hidup yang mengagumkan bagi ibu
hamil dan anak yang sedang membesar dalam kandungan? Ketika ibu hamil
menyesuaikan diri secara fizikal untuk menyokong zuriat yang dikandungi, si
anak akan melalui proses perkembangan yang pantas; bermula daripada sekelompok
sel hinggalah menjadi bayi yang lengkap dengan jantung yang berdegup, wajah
yang lengkap serta anggota-anggota lain
yang berfungsi –
semuanya hanya dalam tempoh 40 minggu?
Menyedari
bahawa kehamilan merupakan antara perubahan yang paling mengagumkan yang dilalui oleh ibu hamil dan si manja dalam
kandungannya, jenama susu pra-natal terkemuka Anmum Materna memperkenalkan
rumusan baharu yang dipertingkatkan untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil
dan perkembangan janin dalam menghadapi perubahan yang begitu mengagumkan
semasa kehamilan ini.
Dalam
upacara pelancaran rumusan baharu bersama dengan para ibu hamil baru-baru ini, Irene
Cheah, Pengurus Pemasaran di Fonterra Brands Malaysia, berkata bahawa rumusan
Anmum Materna dengan Mind-Q Connect™ membekalkan nutrien-nutrien penting sewaktu kehamilan. Nutrien-nutrien
penting ini termasuk Folat dan Kalsium yang memenuhi 100%^ keperluan nutrisi
yang disyorkan sewaktu hamil dengan dua gelas sehari; dan Probiotik DR10™,
sejenis probiotik unik berpaten yang telah diuji secara klinikal bagi membantu
meningkatkan kesihatan usus yang baik. .
“Penyerapan nutrien yang baik
penting untuk wanita hamil untuk menyokong perubahan yang mengagumkan yang
dialami oleh si manja dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting untuk wanita
hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang sihat bagi membantu penyerapan
nutrien yang baik. ,”
Cheah menjelaskan.
Cheah
menambah bahawa berat badan yang berlebihan sewaktu hamil juga merupakan salah
satu kebimbangan di kalangan ramai wanita hamil. Berat badan berlebihan juga merupakan
salah satu faktor risiko bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Justeru itu, ramai wanita hamil akan menjaga
pemakanan mereka, terutamanya dalam segi pengambilan gula. Anmum Materna
baharu dirumus tanpa gula tambahan*, rendah lemak dan antara jenama susu
pra-natal yang mempunyai kalori terendah dalam setiap hidangan.
“Sebagai peneraju pasaran dalam
segmen susu pra-natal, Anmum Materna bangga menjadi jenama pertama yang
melancarkan rumusan Tanpa Gula Tambahan* (untuk perisa biasa) dan Rendah Lemak
serta manfaat tambahan dengan 100%^ kandungan Folat dan Kalsium serta Probiotik
DR10™ dalam
menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan perkembangan janin,” tambahnya lagi.
Ibu yang
sibuk dan aktif juga akan menghargai pek stik baharu, yang membolehkan mereka
menikmati segelas Anmum Materna dengan mudah di mana-mana sahaja mereka berada.
Aktres dan
hos televisyen Jihan Muse sangat berpuas hati dengan rumusan baharu Anmum Materna
yang mengurangkan kerisauannya tentang pengambilan nutrisi dan kenaikan berat
badan sewaktu hamil.
“Saya rasa gementar ketika hamil. .
Saya mahu memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk si manja dalam kandungan
dan juga diri saya. Ada kalanya sukar untuk mendapat hidangan yang berkhasiat
disebabkan jadual kerja yang sibuk. Sebagai selebriti, saya perlu mengekalkan
imej badan dan kesihatan fizikal yang baik.
“Dengan adanya rumusan baharu, saya cuma
perlu menambah dua gelas Anmum Materna dalam pemakanan harian saya, untuk saya
mendapat nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong tumbesaran bayi
saya! Susu ini juga enak rasanya. Saya juga suka dengan rumusan Tanpa Gula
Tambahan + Rendah Lemak – ini membolehkan saya menjaga dan
mengawal pengambilan tahap gula dengan senang supaya penampilan saya sebagai
seorang ibu tetap menarik!” kata Jihan sambil ketawa.
Ng Kar
Yoon, seorang hos radio serta selebriti, juga merupakan peminat pek stik serba-mudah
Anmum Materna.
“Kehamilan tidak menghalang saya
untuk kekal aktif –
Saya masih sibuk dengan jadual harian saya serta masih aktif
dalam perjalanan. Saya cuma pastikan saya sentiasa ada sekurang-kurangnya dua
pek stik Anmum Materna dan satu bekas berisi air di dalam beg tangan untuk
memperoleh nutrien yang penting di mana-mana dan pada bila-bila masa supaya si
manja saya turut membesar ketika ibunya sedang sibuk bekerja!
Anmum
Materna boleh didapati dalam pek serba mudah yang mengandungi tujuh stik pek
bersaiz 36g (perisa biasa) dan 42g (perisa coklat). Setiap pek dijual pada
harga RM19.90. Selain daripada pembungkusan stik pek baharu tersebut, jenama
ini juga boleh didapati dalam format kotak dalam perisa biasa dan coklat, saiz 650g pada harga RM42.00.
Dapatkan Anmum
Materna baharu dengan formula yang dipertingkatkan di Lazada sekarang dengan
diskaun 15% (gunakan kod N15MUM) yang ditambah atas diskaun yang sedia ada.
Promosi berakhir 31 Januari 2018.
Susu
formula Anmum Materna baharu yang telah dipertingkatkan kini boleh didapati di
pasaraya terkemuka di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut tentang rumusan baru Anmum Materna serta produk-produk
lain, sila layari www.anmum.com.my.
0 Comments