Pengalaman Seronok Menonton Star Wars : The Last Jedi di Lightspeed Lounge, TGV

Para peminat Star Wars di seluruh negara pastinya akan teruja bahawa TGV Cinemas adalah satu destinasi terulung untuk menonton filem terbaru dalam saga Star Wars: The Last Jedi. Sebuah acara tayangan eksklusif filem Star Wars: The Last Jedi yang dinanti-nantikan ini telah diadakan pada 13 Disember bertempat di Sunway Velocity Mall, di mana para peminat berpeluang untuk menikmati
kehebatan ‘Lightspeed Lounge’ di TGV Cinemas. Acara yang eksklusif kepada para jemputan tersebut telah dihadiri oleh ahli MovieClub TGV Cinemas yang terpilih, rakan niaga, tetamu VIP, media dan selebiriti.
Sebuah pameran yang diinspirasikan oleh ‘Canto Bight’, tempat bersantai golongan berada dan masyhur sepertimana yang ditampilkan di dalam filem tersebut boleh dialami selama dua miniggu disini. Antara acara- acara lain yang telah dilangsungkan di majlis pelancaran tersebut adalah peragaan fesyen yang bertemakan Star Wars, persembahan string kuartet, rutin perlawananan lightsaber, pakaian beragam, permainan PlayStation VR, booth foto freeze-cam dan hidangan bufet gourmet yang lazat dari INDULGE, pengalaman pangung wayang mewah di TGV Cinemas.
Orang ramai juga berpeluang untuk menikmati kehebatan Lightspeed Lounge TGV Cinemas disini sehingga 31 haribulan Disember, di mana makanan dan minuman turut akan dijual. Ahli-ahli MovieClub TGV Cinemas boleh mendapat diskaun untuk pembelian.

Jualan tiket awal untuk The Last Jedi telah bermula pada 17 November 2017 dan dengan setiap pembelian minima 4 tiket IMAX, penonton boleh menyertai peraduan untuk memenangi patung-patung Funko Pop Star Wars edisi terhad.
Teater TGV IMAX membawakan satu pengalaman menonton wayang yang hebat, dengan visual yang jelas, audio yang menggemparkan dan tempat duduk ala-stadium untuk mencipta satu pengembaraan dunia wayang yang imersif.
Ketua Operasi TGV Cinemas, En. Mohamad Kabir juga berkata, “The ‘exciting premiere of The Last Jedi will cap the launch of TGV Cinemas’ Home of the Heroes brand, which positions TGV Cinemas as the home of everyone’s favourite pop culture movie heroes, be it from Star Wars, DC or Marvel, all under one roof”

Pastikan anda menonton Star Wars: The Last Jedi di TGV Cinemas berhampiran anda. Layari www.tgv.com.my atau hubungi 03 26615368 untuk maklumat lanjut.

Post a Comment

2 Comments