Peluang Jana Pendapatan Melalui Vending Machine

Jana pendapatan melalui vending machine? 
Tak pernah terlintas di minda Aten mengenai perniagaan melalui vending machine. Rupa-rupanya di negara luar sangat popular dengan perniagaan vending machine. Perniagaan vending machine yang Aten maksudkan ialah bukan minuman sahaja tetapi juga barangan keperluan seharian kita. Menarik! 

Haritu Aten berkesempatan untuk ke Majlis Sidang Media Memorandum Perjanjian Usahasama DMH Niaga Sdn Bhd dan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) . Dua syarikat yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan kini menjanjikan peluang jana pendapatan kepada usahawan baru melalui teknologi vending machine.

Kolaborasi di antara DMH Niaga dan DPUKM dilancarkan secara rasmi melalui inisiatif program 'Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM - Boss Vend' oleh YB Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Objektif Pencarian 1001 Usahawan Vending DPUKM :
  • Melahirkan Usahawan 'Vending Machine' di bawah DPUKM
  • Memberi peluang kepada usahawan baru menjana pendapatan melalui Vending Machine
  • Membantu usahawan baru mengurangkan kos-kos operasi perniagaan mereka seperti sewa kedai, pekerja, utiliti dan sebagainya
  • Memberi peluang jaringan bersama-sama usahawan yang lain di bawah DPUKM
  • Membantu memasarkan produk usahawan IKS
  • Membantu mengurangkan kos pemasaran produk IKS
  • Meningkatkan hasil penjualan produk IKS
  • Menjadikan vending machine sebagai kemudahan utama untuk pengguna Malaysia mendapatkan produk IKS
  • Memberi peluang kepada usahawan IKS untuk menempatkan dan mengiklankan produk-produk mereka di 1001 vending machine seluruh Malaysia
Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan DMH Niaga, Datin Natasha bt Dato Abdul Rahim dan Presiden DPUKM, Dato' Seri Abu Hassan Mohd Nor. Turut hadir menyaksikan pelancaran program ini ialah pengerusi TPM, Dato Ahmad Fauzi Zahari.

Kini, ahli DPUKM boleh memasarkan produk mereka melalui mana-mana vending machine yang ditempatkan di lokasi strategik seluruh Malaysia. Pemasangan vending machine ini akan dimulakan di hospital-hospital seluruh Malaysia. Pemilik vending machine boleh membeli produk secara pukal terus dari pengeluar produk IKS.
Datin Natasha berkata inisiatif kerjasama antara kedua-dua pihak bersetuju membantu mencari 1001 usahawan IKS dalam kalangan ahli DPUKM untuk memasarkan produk mereka melalui teknologi vending machine yang dibekalkan oleh syarikatnya. Pelancaran teknologi "Boss Vend" merupakan vending machine pertama di Malaysia yang memasarkan produk IKS di seluruh Malaysia.

Dengan adanya Boss Vend, pengguna Malaysia kini dapat membeli keperluan mereka secara langsung pada bila-bila masa. Ianya juga membantu merangsang pembangunan dan pertumbuhan keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia
Boss Vend kini terdapat sembilan jenis mesin. Ciri unik Boss Vend adalah skrin digital pada semua mesinnya. Tidak seperti mesin konvensional yang lain, Boss Vend juga boleh digunakan untuk pengiklanan dan promoso interaktif untuk PKS sendiri. 
Antara rangkaian produk yang boleh dipasarkan melalui mesin layan diri ini termasuk minuman panas dan sejuk, makanan dan makanan ringan, jus, peralatan mandian dan pelbagai produk lain lagi. So, kepada usahawan di luar sana, ayuh guna teknologi terbaru ni untuk kembangkan perniagaan korang!

Post a Comment

0 Comments