Chefology and McCormick Jadikan Pengalaman Memasak Seronok dan Selamat

Haritu Aten berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet yang dianjurkan oleh Chefology dan McCormick di The Cooking House di Bangsar.  Sesi Meet & Greet ini diadakan untuk memperkenalkan penambahan koleksi terbaru dari Chefology Oasis Swiss Sdn Bhd, Chefology Nature Series, yang terdiri daripada lima barangan alat memasak yang direka untuk menjadikan memasak di dapur seronok dan selesa.
Aten dan blogger lain telah dijemput untuk berkongsi keseronokan dan kegembiraan memasak di bengkel memasak yang akan menjadi sebahagian daripada aktiviti sest Meet & Greet ni. Kitorang berjaya menghasilkan 2 resipi lazat menggunakan herba dan rempah-rempah dari McCormick untuk mempamerkan kualiti dan fleksibiliti produk McCormick yang diedarkan di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.
Antara produk terbaru dari McCormick ialah McCormick Sea Salt Grinder dan McCormick Black Peppercorn Grinder. McCormick Sea Salt Grinder dan McCormick Black Peppercorn Grinder adalah pengisar laras dilengkapi dengan tiga tetapan grind berbeza: halus, sederhana dan kasar. Dengan hanya pergerakan yang mudah pusing, kita boleh mengisar kekasaran garam dan lada yang kita inginkan. 
Antara produk McCormick yang menjadi kegemaran Aten! Hehehe
McCormick Grill Mates BBQ Sauce menambah rasa barbeku di dalam semua masakan.  Satu botol rempah McCormick dipadatkan ke dalam McCormick Grill Mates BBQ Sauce yang menjadikannya ianya sos yang terbaik kerana kita boleh marinate, dip dan glaze. McCormick Grill Mates BBQ Sauce boleh didapati dengan 3 perasa iaitu:
  1. Vintage Smokehouse - Delicious smoky hickory layered with premium spices like chilli pepper and paprika.
  2. Brown Sugar - Tantalisingly sweet with brown sugar, onion, cinnamon and cloves.
  3. Chilli and Pepper - A delectable blend of onion, tomato, chilli pepper, capsicum and cloves.
Chefology Nature Series merupakan keluaran terbaru dari Chefology Oasis Swiss Sdn Bhd. Direka dengan struktur ergonomik, diperbuat daripada 'die-cast aluminium' dengan 6 lapisan untuk memastikan pengalaman memasak di dapur lebih selamat. Chefology Nature Series mempunyai ciri salutan marmar yang sangat tahan lama
  • Tahan lama, tahan karat, tahan gores dan tidak melekat
  • Pemegang keluli tahan karat ergonomik yang panjang
  • Pengedaran panas dengan kehilangan haba minimum
Chefology Nature Series berfungsi pada semua dapur, termasuk gas, elektrik, seramik dan juga dapur induksi. 6 lapisan yang disalut membantu untuk mengedarkan haba sama rata untuk membolehkan memasak lebih mudah dan mesra pengguna sesuai untuk digunakan di setiap dapur di rumah.
Cheesy Black Pepper Chicken Salad dan Basil Crepes dengan Banana Caramelised menggunakan Chefology Nature Series dengan sentuhan rasa asli dari herba McCormick dan rempah-rempah. Ternyata pengalaman yang menyeronokkan dan kreatif dengan Chefology dan McCormick yang Aten dapat! *.*

Post a Comment

0 Comments