BOH Sumbangkan RM20,000 kepada Dignity For Children Foundation

BOH Plantations Sdn Bhd, satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia sejak 1929 telah melancarkan Hari Teh Sedunia 2017. 

Hari Teh Sedunia (Tea International Day) merupakan sebuah acara tahunan yang akan disambut pada 15 Disember setiap tahun semenjak tahun 2005. Ianya bukan sahaja disambut di Malaysia, tetapi di negara-negara pengeluar teh bagi meraikan teh sebagai antara minuman tertua di dunia selain air. Selain itu, sambutan ini diadakan bertujuan bagi mengetengahkan impak perdagangan antarabangsa teh kepada pekerja ladang dan pengeluar serta menyokong mekanisma urusniaga yang adil.
Sebagai sebuah syarikat yang arif dengan seni teh, dari rimbunan daun teh sehinggalah kepada secawan teh, BOH percaya kejayaan yang dikecapi pada hari ini merupakan hasil ketekunan serta semangat yang amat mendalam dari pekerja kami di ladang teh BOH dan pejabat-pejabat BOH. Kami juga mempunyai jutaan peminat BOH yang setia menikmati adunan teh kami dan berterusan menyokong BOH. Sememangnya kami berada di tahap pada  hari ini disebabkan anda dari Hari Teh Sedunia adalah mengenai anda semua," kata Caroline Russell, Naib Pengerusi BOH Plantations.
Sempena meraikan pelancaran Hari Teh Sedunia 2017, 
  • BOH melancarkan Jelajah Teh BOH yang akan mengunjungi dan melawat kawasan terpilih di dalam negara menerusi Trak Teh BOH. Kawasan pertama yang akan menjadi destinasi permulaan ialah Kuala Lumpur! Jangan lupa untuk merasai rangkaian teh yang digemari ramai disertakan dengan aktiviti-aktiviti menarik.
  • Orang ramai turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam sambutan yang akan diadakan pada 15 Disember di Pusat Teh BOH Sungei Palas, Cameron Highlands.
BOH bukan sahaja sekadar membuat teh, tetapi sering terlibat dan menyokong usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan masa depan yang cerah bagi pelbagai pihak. Pada sambutan Hari Teh Sedunia 2017, BOH telah mendermakan sejumlah wang kepada Dignity for Children Foundation bagi kemampanan masa depan kanak-kanak kurang bernasib baik. Cek bernilai RM20,000 telah disampaikan kepada pengasas dan pengerusi Dignity For Children Foundation, Rev. Elisha Satvinder di Kafe EatXDignity, sebuah kafe latihan keusahawanan yang diusahakan oleh Dignity di Sentul.
Sumbagan yang diterima dari BOH akan digunakan untuk membiayai program berterusan Dignity menerusi Jelajah Seni Dignity yang melibatkan 60 jenis hasil seni yang direka oleh 20 pelajar dengan tema 'Redeeming Childhood, Restoring Hope'. Ianya bertindak sebagai inisiatif pengumpulan dana bagi tahun 2018 yang akan diadakan sempena ulangtahun ke-20 yayasan tersebut.
"Sokongan bermakna dari BOH ini tepat pada masanya ketika kami menyambut ulangtahun ke-20 Dignity. Kepakaran berdekad yang kami miliki boleh menjayakan program-program kami tetapi tahap kelangsungan inisiatif ini bergantung kepada sokongan berterusan serta sifat murah hati dari penyumbang seperti BOH Plantations, yang berkongsi visi yang sama bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan untuk menjadi ahli berguna dalam komuniti menerusi pendidikan berkualiti, latihan sara diri dan penjagaan dalam persekitaran yang kondusif dan selamat.
Dignity, diasaskan di Sentul 20 tahun lepas dengan hanya 20 pelajar harini telah membantu lebih daripada 1000 pelajar dalam lingkungan umur 2-17 tahun. Yayasan ini menyediakan penjagaan serta program pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak pra sekolah sehinggalah ke Tingkatan 5 dengan latihan sara diri, latihan industri serta program biasiswa.
Tiada apa yang lebih seronok dari berehat dengan secawan teh, dan semestinya tiada masa yang lebih sesuai untuk "Ummph Dikongsi Bersama!" dan menikmati detik istimewa dengan keluarga dan rakan terutamanya pada Hari Teh Sedunia!

BOH Plantations Sdn Bhd
Dignity for Children Foundation

Post a Comment

1 Comments

  1. Eh baru tahu ada Hari Teh Sedunia. Menarik! Thanks for sharing :)

    ReplyDelete