AEON Taste New Zealand Food Fair

Minggu lepas Aten berkesempatan untuk join cabaran memasak dengan rakan blogger anjuran AEON Taste New Zealand. Ianya diadakan di Berjaya University College. Fuhhh first time nak masak ni di depan chef yang berpengalaman. Almaklum la, Aten ni biasa2 je. Masak pun jarang. Hahaha.
Kitorang masak menggunakan bahan-bahan dari Taste New Zealand which is super segar dan bersih. Aten dan partner Aten, Jason masak Mussels Appetiser dan steak. Cabaran baru untuk Aten sebab Aten tak pernah cuba masak ni memandangkan Aten tak makan. Tapi Aten ambik cabaran ni dan bila time judging tu, overall chef tu cakap not bad. Pheww~
Selepas kitorang masak, kitorang dapat merasai sendiri masakan kitorang dan ternyata produk dari New Zealand sangat berkualiti dan menepati citarasa Aten dan Aten sure menepati cita rasa semua. Hehehe
AEON Taste New Zealand Food Fair akan didiadakan dari 30th November sehingga 10th December 2017. Semua produk terbaik dari New Zealand dibawa ke sini untuk sama-sama kita rasai dan masak untuk pelbagai acara. 

AEON Taste New Zealand Food Fair anjuran New Zealand Trade and Enterprise (NZTE) akan diadakan di 7 AEON di seluruh negara. Terdapat banyak peserta yang turut serta dalam food fair tu seperti Whittakers, Kiwigarden, Viberi, Anmum, Karihome, Mainland CHeese, Spring Sheep, Easiyo, Griffin, Tasti, Weet Bix, Sweet Meadow, Proper Crisps, Greenlea, Talley's, Only Organic, Eco Store dan macam2 lagi.
Taste New Zealand sedang mengadakan contest Shop & Win. Korang hanya perlu membeli produk New Zealand di Taste New Zealand Fair dan korang boleh redeem NZ themed shopping bag dan join cabutan bertuah. Grand prize ialah 1X AEON Gift Voucher worth RM1000 dan hadiah saguhati 10X AEON Gift Voucher worth RM200.

Jangan lupa join semua!

Post a Comment

0 Comments