Review Hakubi White C

Hi korang!
Aten nak cerita sikit ni. Aten kan sejak 2-3 bulan ni rajin beriadah dan bersukan. Yelaa, nak kurus. Hari graduasi Aten pun tak lama dah. Gambar graduasi mesti la kena nampak cantik dan kurus kan? Nama pun perempuan. Cantik dan kurus itu wajib! Hehehe. Tapi bila Aten dah join running sana sini, Aten punya muka jadi berbelang. Bahagian yang terdedah cahaya matahari jadi kusam dan gelap. Bahagian yang pakai tudung cerah je. Wuwuwu. Bila pakai makeup pun tak berapa cantik. Bila dah rasa diri tak berapa cantik, memang nak jumpa orang kat luar terus tak confident. Taktau la orang lain cemana, tapi Aten gini lah. Hhahahaha.
Google punya google, Aten terjumpa dengan Hakubi White C. Rupanya Hakubi White C ni dah lama dah ada kat Malaysia. Since 2013 dan pernah dapat macam-macam award! Apa lagi, terus Aten nak cuba. Hehehe.
Hakubi White C ni dicipta untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kulit termasuk ‘freckles’, pigmentasi, jerawat, kedutan dan kulit kering hasil dari gaya hidup kurang sihat, tekanan dan ketidakseimbangan hormon yang tidak sihat yang dihadapi oleh pihak wanita di mana saja.

Kulit putih cerah luaran dan dalaman? Siapa je yang tak nak kan? Aten berani bet semua perempuan pun mempunyai impian camni termasuk Aten. Jom baca mengenai produk ni dengan lebih lanjut!
Hakubi White C Plus mengandungi formula unik menggalakkan kesihatan kulit kulit dengan membaik pulih tanda pigmentasi, ‘freckles’ dan kulit kering disebabkan oleh tekanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Hakubi White C Plus menawarkan makanan tambahan kesihatan untuk kegunaan harian dalaman. Ia mengandungi Vitamin C, LCysteine, Vitamin B6 dan Panthothenate Kalsium dan diambil secara oral.
  • Vitamin C adalah antioksidan. Ia menggalakkan penyembuhan
  • Vitamin C dan L-Cysteine menjaga kesihatan tubuh badan
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisme kulit.
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisme kulit. Ia membantu menjana semula kulit.
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu Vitamin C kerana ia berfungsi dalam badan. Ia membantu dalam metabolisme karbohidrat serta lemak dan mempunyai kesan detoksifikasi
Hakubi White C Gel mempunyai kandungan derivatif Vitamin C dan Ekstrak Licorice untuk disapu atas kulit dan meresap serta mengurangkan tandaan dan pigmentasi selain pengeluaran melanin dan menggalakkan metabolisme kulit yang sihat serta berseri.
  • Ia meresap kulit untuk membersihkan kecacatan dan ‘freckles’
  • Ia menyekat pengeluaran melanin dan melindungi daripada kecacatan dan ‘freckles’
  • Ia melembap dan melindungi kulit
  • Ia menghalang bintik selepas rawatan.
  • Ia berkesan pada kulit dengan mengaktifkan sintesis kolagen
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan
  • Ia menghalang kulit kering dan jerawat. Kesan antioksidan menghalang jerawat dengan mengurangkan pengoksidaan lemak.
Harga Hakubi White C Plus (180 biji) : RM 122.85
Harga Hakubi White C Gel : RM 97.41.
Cara pengambilan Hakubi White C Plus : Makan 2 biji dan makan 3 kali sehari dan boleh diambil selepas makan.
Cara pembelian Hakubi White C : Boleh didapati di semua cawangan Sasa dan Watsons terpilih di seluruh Malaysia.
Review Hakubi White C :
To be honest, Aten pun macam ragu-ragu pasal produk ni tapi bila Aten stalk Facebook Page dorang and tengok Hakubi ni dapat macam-macam award terus membuatkan Aten nak cuba. Yelaa, tak cantik la muka berbelang kan. Makeup pun tak berapa cantik dan kusam. Produk Hakubi ni packaging dia simple giler tapi sesuai la dengan namanya. Hehehe. Aten dah cuba nak dekat sebulan produk ni. Tak pernah miss makan sehari pun. Nak kata putih terus takdelah. Sebab every week memang Aten berlari. So, bila terdedah kat matahari ni membuatkan hasilnya mungkin lambat sikit (bergantung dekat jenis kulit masing2 kot) tapi Aten ada la nampak perubahan sikit dekat kulit Aten. Rasanya kalau Aten consume dua ni lepastu duduk rumah je tak kena terik matahari, Aten sure mesti nampak ketara perubahan kulit Aten. Paling best sekali Hakubi White C Gel, bila Aten pakai kat muka, rasa lembab dan halus je kulit muka walaupun cuaca sekarang tak menentu. Overall, Aten sangat berpuas hati dengan produk dari Hakubi White C! Korang pun patut cuba sekali. Berbaloi-baloi!
Untuk maklumat lanjut mengenai Hakubi White C, korang boleh layari Facebook Hakubi White C di https://www.facebook.com/hakubimalaysia/

Post a Comment

0 Comments