NIVEA Care Run Kumpul RM20,000 Sumbangan kepada PENYAYANG

Minggu lepas Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk ke NIVEA Care Run yang bertempat di Putrajaya. Percaya atau tak, Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan.
Elok je Aten sampai dah start warm up dan zumba. Terus berdiri depan sekali sebelah camera. Dapat la shot atas ni. Thanks Jom Kita Lari for this photo. I nampak kurus! Hahaha
Selepas aktiviti senaman, NIVEA Care Run sejauh 5KM bermula. Ehh! Siti Saleha pun ada. Terus la selfie kingkong dengan dia. Hehehe
Kecik comel je Siti Saleha ni. Yang penting cantik gilaa tengok depan2 *.*
Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukannya.
Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayakan dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit kita perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam, serta menyuburkan dan memberikan bawah lengan yang lembut dan licin.

Bagi meningkatkan kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta-fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit. 

Aktiviti lain yang turut diadakan termasuklah dinding “NIVEA Protect & Care” yang membolehkan peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah PENYAYANG, cabutan bertuah dan kios foto.
Secara keseluruhannya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasar raya dan farmasi seluruh negara.

Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Post a Comment

0 Comments