Karnival Upin Ipin Luar Biasa Meriah!

Jumaat lepas Aten dan rakan blogger lain berkesempatan untuk ke Karnival Upin  & Ipin yang diadakan di MAEPS Serdang. Yeayyyy dekat je dengan rumah Aten! 

Memandangkan Upin dan Ipin ni memang sangat digemari oleh semua peringkat umur, jadi bila adanya Karnival Upin dan Ipin sebegini walaupun 3 hari je mesti ramai gilaaa yang takkan lepaskan peluang untuk datang mengisi masa terluang.

Karnival Upin dan Ipin ni diadakan di 2 dewan utama MAEPS seawal 10 pagi sehingga 10 malam dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh penganjur.
Antara acara yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak iaitu persembahan live dari maskot Upin Ipin dan kawan-kawan, Ultraman Ribut, Puteri Limau, Pada Zaman Dahulu, dan Upin & Ipin The Musical. Memang tak kelip mata bila tengok persembahan mereka ni. Kanak-kanak yang datang semuanya teruja dengan semua persembahan yang disediakan. Di dewan C pula ada pameran comel Alam Dino, Rumah Opah, Bergambar di Tadika Mesra, Bergambar bersama Ultraman Ribut dan Berinteraksi bersama Kak Ros.

Selain dari persembahan Upin dan Ipin, terdapat juga booth-booth menarik yang dibuka di sini. Antaranya Upin Ipin Store dimana merchandise Upin dan Ipin dijual dengan harga yang sangat murah dan banyak pilihan. Selain itu, ada juga satu ruangan di mana mereka yang hadir boleh main game dan boleh membuat baju mengikut pilihan dan warna yang diminati pada harga yang sangat murah.
Yang paling best, kita boleh bergambar dengan maskot yang kita suka! Bila Upin Ipin dan kawan-kawan naik ke pentas, budak-budak pun join sekali menari dan menyanyi dengan mereka. Diharapkan Karnival Upin Ipin ni akan diadakan setiap tahun dan mungkin boleh panjangkan tarikh karnival ni dari 3 hari kepada 7 hari. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Ipin Upin :

Post a Comment

2 Comments

  1. Heehh best betul pergi karnival upin ipin ni.. teruja tengok ultraman tu lompat sana sini.. hahahha

    ReplyDelete
  2. Assalam..gmbr bdk perempuan yg face painting tu anak sy..😄

    ReplyDelete