Review Marini Naturale Magic

Hiii semua!
Korang pernah dengar pasal produk Marini Naturale Magic tak? Aten pun sebenarnya baru tahu bila kawan-kawan bercerita.

Rangkaian produk Marini Naturale Magic bukan sahaja terdiri daripada rawatan wajah namun ianya menyediakan produk khas untuk penjagaan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Rupa-rupanya Marini Naturale Magic ni dah ada di pasaran since 2013. OMG rugi gila Aten baru tau sekarang. Kebanyakan produk Marini Naturale Magic adalah buatan sendiri dari produk organik semulajadi. Normally bila bercakap tentang produk organik mesti Aten pikir mahal gila tapiii bila tengok dekat price list produk Marini Naturale Magic ni semuanya affordable. Even student pun mampu beli.
Marini Naturale Magic Coconut Butter Hair Mask with Argan Oil
Harga : RM30
Rambut kan mahkota seorang wanita. Jadi sangat penting untuk menjaga rambut kita terutama mereka yang memakai tudung seharian macam Aten. Kalau tak dijaga dengan betul, memang boleh rosak rambut kita dan membuatkan kita tidak yakin dengan diri kita. Bila tengok produk ni yang ada bahan-bahan seperti kelapa dan argan oil terus Aten ambik. Marini Naturale Magic Coconut Butter Hair Mask with Argan Oil memperbaiki rambut yang kering dan rosak. Selain itu, membantu melembabkan rambut dan 100% bebas bahan kimia. Yang paling Aten suka mengenai produk ni ialah haruman segar gabungan daun pandan dan frangipani. Memang lembut gila weii rambut Aten lepas pakai ni. Korang jangan risau sebab produk ni tiada SLS & Parabens. Selamat digunakan!
Marini Naturale Magic Turmeric Body Cream (100ml)
Harga : RM25
  • Untuk melembapkan kulit yang kering
  • Untuk melembutkan kulit
  • Memutihkan kulit secara semulajadi
  • Sebagai antioksida
  • Haruman segar gabungan daun pandan dan frangipani
  • Dibuat dari bahan-bahan semulajadi
  • Tiada SLS & Parabens
Cara penggunaan Marini Naturale Magic Turmeric Body Cream : 
Pakai di bahagian badan selepas mandi
Marini Naturale Magic Sabun Sireh
Harga : RM10
  • Membantu merawat kulit yang terbakar (sunburn)  , ulser dan kurap
  • Menghilangkan kegatalan
  • 100% bebas bahan kimia
  • Tiada SLS & Parabens
  • Merawat bekas jerawat yang teruk
Overall, apa yang Aten boleh katakan tentang produk Marini Naturale Magic ni memang best gilak! Sangat menepati apa yang kulit Aten nak dan harganya murah. Semuanya organik dan bebas bahan kimia berbahaya. Aten sangat recommend untuk korang cuba produk dari Marini Naturale Magic ni. Lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Selamat mencuba!


Cara pembelian Marini Naturale Magic : 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marini Naturale Magic :
Contact : 014 669 1048

Post a Comment

0 Comments