Review Enchanteur Stunning

Cakkkk surpriseeeeee!
Haritu bila Abang Gdex suruh turun ambil parcel tertanya-tanya jugak apa benda yang dapat kan. Sebab takde beli online apa-apa pun. Hahahaha. Dapat je parcel dari Abang Gdex terus bukak parcel dan dapat kotak cantik gilaaa dan penuh dengan bunga-bunga ni dari Enchanteur! Hehehe
Berbunga-bunga hati weh dapat box surprise camni. Pandai betul Enchanteur ambik hati Aten! *.*
Rupanya Enchanteur nak memperkenalkan product line terbaru mereka dari Enchanteur iaitu Enchanteur Stunning. Enchanteur Stunning terdiri daripada 5 produk iaitu Enchanteur Stunning Eau de Toilette, Enchanteur Stunning Perfumed Body Lotion, Enchanteur Stunning Deo Mist, Enchanteur Stunning Deodorant Roll On dan Enchanteur Stunning  Perfumed Talc. 
Enchanteur Stunning Perfumed Body Lotion diformulakan dengan satin halus yang tidak berminyak dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan kulit yang optimum. Sapukan setiap hari untuk kulit licin, lembut dan halus. Aten suka dengan gabungan  Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Memang wangi!
ENCHANTEUR STUNNING Eau de Toilette yang cantik dan harum ni merupakan gabungan antara Blackcurrant Buds dan Raspberries, dipertingkatkan dengan campuran khas dari Mawar Turki, Gardenias dan Sultry Sandalwood. Trust me, the best perfume ever wehhh! Even husband Aten pun suka gila dengan Enchanteur Stunning Eau de Toilette ni. Hehehe
 All time fav Enchanteur Stunning Deo Mist! Pakai ni wangi seharian walaupun buat aktiviti lasak. Suka sangat dengan bauan aroma bunga yang wangi ni :D
Enchanteur Stunning Perfumed Deo Roll-On dengan aroma bunga yang tahan lama untuk memberi keyakinan dan kesegaran sepanjang hari.
  • Tidak melekit
  • Tidak meninggalkan kesan pada pakaian
  • Anti-perspirant
  • Membunuh 99.9% bakteria
  • Cepat meresap dan pantas kering

Alami pengalaman yang menakjubkan ENCHANTEUR STUNNING Perfumed Talc dengan haruman yang indah dari Blackcurrant Buds dan Raspberries, dipertingkatkan oleh gabungan khas dari Mawar Turki, Gardenias dan Sandalwood. Disemai dengan aroma bunga halus, serbuk talcum ini akan meninggalkan kulit anda dengan lembut lembut dan lembut seperti sutera.

Enchanteur Stunning Review :
Bila sampai ke surprise box ni terus Aten bukak perfume Enchanteur Stunning ni. Yela, Aten pakai perfume Enchanteur ni dari sekolah menengah kot. Bila dapat surprise gini, gila tak excited. Perfume yang Aten pakai sekarang ni pulak dah nak habis. So, memang jimat la guna yang ni dulu. Bau Enchanteur Stunning ni sangat soft dan wangi gilaaaaa. Memang gabungan Blackcurrent Buds, Raspberries, Mawar Turki, Gardenias dan Sandalwood ni merupakan gabungan yang hebat dan yang paling best bauan ni tahan sehingga 1 hari walaupun kita lasak gilaaa seharian tu. Bila dah dapat full set, bertambah rajin Aten sapu losyen kat diri sendiri. Siapa yang tak suka kan benda yang wangi-wangi ni. Overall, Aten suka semua! Kalau korang tak percaya dengan Aten, korang boleh pergi sendiri dekat mana2 kedai dan cuba bau. Mesti korang jatuh cinta dekat Enchanteur Stunning macam Aten jugak! :D

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur Stunning, klik link bawah ni :

0 comment... add one now