HyppTV Meraikan Deepavali dengan Agathians Shelter

Haritu Aten dan rakan media lain berkesempatan untuk meraikan seramai 20 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan Agathians Shelter dengan mengadakan satu tayangan filem istimewa, sambil ditemani oleh penjaga mereka dengan HyppTV. Tayangan tersebut telah diadakan sebagai sebahagian aktiviti kemasyarakatan HyppTV sempena sambutan perayaan Deepavali, yang turut merangkumi kempen sumbangan bagi mengumpul dana dan mengumpulkan barangan asas untuk rumah kebajikan tersebut. 
Bersempena dengan tayangan filem tersebut, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan baucar membeli-belah bernilai RM7,000 kepada Cik Inthira, sukarelawan perancangan pendidikan dan wakil Agathians Shelter. Sebahagian daripada sumbangan ini telah dikumpulkan melalui tabung sumbangan yang telah diadakan baru-baru ini di lobi Menara TM untuk disertai oleh Warga Keluarga TM dan orang ramai.
Agathians Shelter merupakan sebuah badan kebajikan yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Agathians Malaysia, bertempat di Petaling Jaya. Rumah kebajikan ini menempatkan seramai 10 orang penjaga bersama 33 orang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak-anak yatim, terbuang mahupun daripada keluarga yang mempunyai masalah berusia dalam lingkungan 5 hingga 20 tahun. Dengan misi untuk menyelamatkan kanak-kanak ini daripada hidup di jalanan, institusi ini bermatlamat memberikan perlindungan, makanan, pendidikan, jagaan, perhatian dan kasih sayang yang merupakan keperluan asas untuk tumbesaran kanak-kanak.
Bersempena dengan sambutan Deepavali ini, HyppTV akan menawarkan tempoh tontonan secara percuma kepada para pelanggan yang melanggan Varnam Pack bermula 14 - 29 Oktober 2017. Sepanjang 15 hari tempoh promosi ini, HyppTV akan menayangkan pelbagai hiburan dan para penonton berpeluang untuk menyaksikan filem-filem dan siri-siri terbaharu. 

HyppTV Varnam Pack menawarkan program-program hiburan berbahasa Tamil dan Hindi yang menarik dengan menayangkan filem-filem blockbuster, program-program menarik dan banyak lagi dengan nilai hebat pada harga serendah RM30 sebulan.

Kini, pelanggan TM boleh menikmati perkhidmatan HyppTV menerusi perkhidmatan unifi atau Streamyx termasuklah pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Orang ramai turut boleh memuat turun aplikasi mudah alih di Google Play Store atau di Apple App Store secara percuma. Ciri-ciri aplikasi ini menampilkan aplikasi pendaftaran yang mudah melalui nombor telefon bimbit atau kata lauan akaun Facebook.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Post a Comment

0 Comments