Chocolate Hunt with Whittaker's

Siapa kat sini chocolate lovers? Aten berani bet mesti semua suka coklat kan termasuklah Aten. Hehehe. Kesedapan coklat Whittakers ni jangan cakap lah, Makan hari-hari pun Aten tak kisah weh. Bila dapat tau Aten dapat jemputan ke event chocolate hunt bersama-sama dengan Whittaker's terus Aten setuju nak datang. Hehehe.
Coklat Whittakers yang dibuat di New Zealand, merupakan jenama paling dipercayai negara selama enam tahun berturut-turut dan menjadi kegemaran dalam kalangan pencinta coklat, telah berkembang ke pasaran Asia, dengan coklatnya kini terdapat di China, Asia Utara, dan Asia Tenggara. 
Coklat Whittakers ditubuhkan lebih dari 120 tahun yang lalu oleh J.H. Whittaker, dan kini diarahkan oleh Whittaker's generasi ketiga, saudara Andrew dan Brian. Generasi berikutnya Whittakers, saudara lelaki dan saudara perempuan Matt dan Holly yang bekerja dalam perniagaan sebagai Ketua Pengurus Antarabangsa dan Pengurus Pemasaran.

Coklat Whittaker's semuanya dibuat di kilang mereka di Porirua, New Zealand, dan merupakan satu-satunya pengeluar coklat utama di New Zealand yang memastikan kualiti dengan mengawal keseluruhan proses pembuatan - dari kacang ke bar. Setiap langkah dalam proses membuat coklat, dari menerima biji koko dalam bentuk mentahnya kepada produk yang dibungkus terakhir, dilakukan di kilang Whittaker.
Ini merupakan sarapan pagi kitorang sementara menunggu semua hadir ke event. Fuhhh! Sugar rush di pagi hari. Memang hyper lepas makan semua ni. Hahahaha
Pada hari tersebut turut diadakan 2 games untuk bloggers yang datang. Game pertama ialah menjawab soalan mudah mengenai coklat Whittakers. Walaupun nampak mudah tapi soalannya agak tricky bagi Aten. Hahaha. Game kedua pulak ialah kitorang perlu meneka ingredient yang ada dalam coklat Whittakers yang telah dipotong. We had fun when it comes to chocolate! Hehehe
Demonstrasi masakan menggunakan coklat Whittaker's.
Kitorang juga diberi peluang untuk menghiasi cupcake kitorang sendiri menggunakan bahan yang disediakan seperti marshmallow, kekacang, berries dan banyak lagi :D
Coklat Whittaker;s mempunyai sijil Halal dan mempunyai  pelbagai perisa yang terdapat dalam 200g Blok, 50g Slabs, 50g Chunks dan Mini Slabs. Produk laris mereka ialah Almond Gold,  5-Roll Refined Creamy Milk Block, 72% Cocoa Dark Ghana, Dark Almond and Dark Peppermint. 

Antara produk terbaru Coklat Whittaker's di Malaysia :
  • Limited Edition L&P Sharebag 180g
  • Limited Edition Dark Orange Sharebag
  • Coconut - Block 200g and Sharebag 180g (Nov 2017)
  • Limited Edition Artisan Hawke’s Bay Black Doris Plum and Roasted Almonds 100g (Dec 2017) 
  • Limited Edition Artisan Single Origin Samoan Cacao 100g (Dec 2017) 
Whittakers akan bekerjasama dengan Ben’s Independent Grocer yang terletak di Ikano Power Centre untuk memberikan tablet coklat mini Whittaker percuma dengan setiap kopi yang dibeli. Promosi berlangsung dari 12 hingga 15 Oktober. Jangan lepaskan peluang!

Untuk maklumat lanjut mengenai Whittaker's :

Post a Comment

1 Comments

  1. bestnya..!! the best flavor whittakers ni rasa roasted coconut tp macam xde je kat malaysia..

    ReplyDelete